Terlupa Kata Laluan MySejahtera? Ini Cara Reset Semula Password MySejahtera Anda
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Bukan itu sahaja, aplikasi MySejahtera juga digunakan bagi kemudahan untuk Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu urusan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia. Orang ramai boleh buat pendaftaran dan semakan di MySejahtera untuk dapatkan suntikan vaksin.
Terlupa kata laluan MySejahtera? Anda boleh reset semula dengan mudah, ikut panduan yang dikongsikan di bawah.
Isi Kandungan
KEMUDAHAN MYSEJAHTERA
Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
- Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
- Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
- Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19
- Membuat pendaftaran vaksinasi
CARA RESET PASSWORD MYSEJAHTERA
Melalui SMS
Berikut adalah panduan reset password MySejahtera melalui SMS:
- Buka aplikasi MySejahtera
- Klik Forgot Password
- Masukkan Nombor Telefon anda dan klik SUBMIT
- Semak SMS yang dihantar oleh MySejahtera dan klik pada pautan di SMS tersebut
- Masukkan kata laluan baharu di ruangan New Password
- Sahkan kata laluan di ruang Re-enter Password
- Tekan Reset Password
- Siap! Anda boleh login MySejahtera menggunakan kata laluan baharu anda
Melalui Emel
Berikut adalah panduan reset password MySejahtera melalui
- Buka aplikasi MySejahtera
- Klik Forgot Password
- Masukkan Emel anda dan klik SUBMIT
- Semak emel yang dihantar oleh MySejahtera dan klik link yang dihantar
- Masukkan kata laluan baharu di ruangan New Password
- Sahkan kata laluan di ruang Re-enter Password
- Tekan Reset Password
- Siap! Anda boleh login MySejahtera menggunakan kata laluan baharu anda
MASALAH LOG/AKSES KE APLIKASI
Sekiranya anda ada sebarang masalah untuk log in atau akses ke aplikasi MySejahtera, ikut langkah berikut:
- Pergi ke pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
- Klik Mula
- Klik pada Pilihan J: Saya tidak boleh log/akses masuk ke aplikasi
- Klik pilihan yang berkaitan
- Cara penyelesaian masalah akan dipaparkan.
Sekiranya anda ada masalah lain dengan aplikasi MySejahtera anda, anda dinasihatkan untuk padam dahulu aplikasi MySejahtera dan install semula. Sebarang masalah lain, anda boleh terus ajukan ke MySejahtera Help Desk.
Semoga bermanfaat!