Info

Jiran Anda Rentas Negeri Balik Beraya? Ini Senarai No Hotline Untuk Anda Buat Report

May 21, 2020Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Seperti yang kita sedia maklum, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini semua rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentasi negeri. Namun menjelang hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi ramai rakyat yang masih berdegil mengingkari arahan.

Dengan lorong-lorong tikus yang ada, rupanya dalam diam ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung menyambut raya.

BUAT REPORT JIKA JIRAN ANDA RENTAS NEGERI!

Anda dapati jiran anda merentasi negeri untuk balik raya? Anda berhak untuk membuat laporan polis jika anda sahkan perkara ini berlaku. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sama-sama kita membantu pihak berkuasa menjejaki rakyat yang degil ini.

Buat laporan untuk masalah ini bukan bermakna anda berniat jahat atau ‘dengki’ ya. Tindakan ini menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab dalam memerangi pandemik COVID-19 dengan memastikan arahan PKPB dituruti oleh semua rakyat Malaysia.

Amalan ‘jaga tepi kain’ orang pada waktu ini amat digalakkan.

Jiran Anda Rentas Negeri Balik Beraya? Ini Senarai No Hotline Untuk Anda Buat Report

NOMBOR HOTLINE UNTUK BUAT REPORT

Jiran Anda Rentas Negeri Balik Beraya? Ini Senarai No Hotline Untuk Anda Buat Report

Sebarang maklumat berkenaan kesalahan rentas negeri boleh disalurkan terus ke Hotline Bilik Gerakan COVID-19 Daerah Kontinjen Kedah (bagi negeri Kedah) berikut:

  • Kota Setar – 047326079
  • Kubang Pasu – 049172222
  • Kuala Muda – 04- 4299058
  • Padang Terap – 047865208
  • Yan – 044657489
  • Sik -045695222
  • Kulim – 044906222
  • Bandar Baharu -04-4076603
  • Pendang – 04-7596222
  • Langkawi – 04-9663999
  • Baling – 04-4708999

Bagi penduduk selain daripada negeri Kedah, anda boleh membuat laporan polis melalui talian balai polis daerah anda. Ingat, sebarang laporan yang dibuat mestilah sahih dan ada bukti. Tindakan akan dikenakan jika ada individu yang mengambil peluang untuk membuat laporan palsu atau untuk menganiaya orang lain.

Sama-sama kita membendung penularan wabak COVID-19 dengan menjadi rakyat yang bertanggungjawab. Semoga bermanfaat!

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda