Cara Dapatkan Refund Dan Withdrawal Dari Shopee Ke Akaun Bank

Ramai dalam kalangan kita menggunakan Shopee sebagai satu platform membeli belah secara atas talian (online) kerana sistemnya yang boleh dipercayai dan mudah digunakan. Dalam menggunakan Shopee, kita boleh jadi penjual dan juga pembeli.

Baca juga: Untuk Peniaga Shopee: Ini Cara Apply Free Shipping Shopee Yang Anda Perlu Tahu

Apa yang bagusnya tentang sistem Shopee, duit kita akan dilepaskan kepada penjual selepas 3 hari barang kita sampai atau kita boleh lepaskan duit tersebut sendiri kepada penjual. Jadi disini, keselamatan pembeli agak terjaga sebab itu Shopee sudah menjadi laman e-dagang no 1 di Malaysia berbanding laman-laman e-dagang lain.

Sebagai pembeli, kita berhak mendapat refund atau pengembalian wang daripada penjual atas sebab-sebab tertentu. Namun pasti ramai yang tidak tahu cara untuk mendapatkan refund daripada Shopee.

Berikut adalah sebab anda perlu minta refund dan cara untuk dapat refund dan withdrawal wang di Shopee.

KENAPA ANDA PERLU MINTA REFUND?

Berikut adalah antara sebab yang membolehkan anda minta refund daripada penjual:

  • Barang yang dibeli tidak sampai dalam masa yang ditetapkan
  • Ingin membuat pembayaran semula
  • Penjual tidak pos barang dalam masa yang lama
  • Barang yang dihantar berbeza daripada yang diminta

CARA REFUND DAN WITHDRAWAL DI SHOPEE

Sebelum memulakan langkah, anda perlulah klik pada Refund/Return pada produk yang anda ingin dapat refund. Masukkan keterangan sebab kenapa anda mahu refund daripada penjual dan kemudian tekan hantar.

Setelah selesai yang itu, mulakan langkah berikut:

Langkah 1: Daftar Akaun Bank Di Shopee

Daftar akaun bank di Shopee dengan langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Shopee dan teka tab Me
  2.  Kemudian pilih account setting
    Cara Dapatkan Refund Dan Withdrawal Dari Shopee Ke Akaun Bank
  3. Seterusnya anda pilih Bank Accounts / Cards untuk masukkan maklumat bank account anda di sini.
    Cara Dapatkan Refund Dan Withdrawal Dari Shopee Ke Akaun Bank
  4. Disini anda boleh masukkan maklumat Bank Accounts dan juga Cards. Untuk proses refund dan withdraw anda perlukan bank akaun.
  5. Seterusnya anda perlu dapatkan melakukan verfikasi melalui no telefon dan barulah mula daftar akaun bank
  6. Terdapat banyak jenis bank yang ditawarkan seperti Maybank, Bank Islam, CIMB dan banyak lagi. Anda boleh pilih yang mana anda mahu
  7. Disini juga anda boleh masukkan kad bank anda
    Cara Dapatkan Refund Dan Withdrawal Dari Shopee Ke Akaun Bank

Langkah 2: Daftar E-Wallet SHopee

Selepas daftar akaun bank, anda perlu daftar pula e-wallet shopee dengan memasukkan 6 nombor pin yang akan anda gunakan setiap kali menggunakan khidmat e-wallet.

  1. Buka aplikasi Shopee dan pergi bahagian Me
  2. Kemudian pilih Shopee Wallet
    Cara Dapatkan Refund Dan Withdrawal Dari Shopee Ke Akaun Bank
  3. Disini akan ada jumlah ringgit yang telah berjaya di refund daripada seller Shopee
    Cara Dapatkan Refund Dan Withdrawal Dari Shopee Ke Akaun Bank

Di sinilah semua duit yang di refund akan dikumpulkan sebelum dipindahkan atau transfer ke akaun bank anda.

Setelah berjaya daftar e-wallet, anda boleh mulakan proses pindahkan wang dari e-wallet terus ke akaun bank anda.

Langkah 3: Refund Shopee Ke Akaun Bank

Pindahkan wang dari e-wallet Shopee terus ke akaun bank dengan cara berikut:

  1. Masuk di wallet Shopee dan pilih Withdrawal
  2. Pilih akaun bank anda yang sudah didaftarkan sebelum ini
    Cara Dapatkan Refund Dan Withdrawal Dari Shopee Ke Akaun Bank
    Cara Dapatkan Refund Dan Withdrawal Dari Shopee Ke Akaun Bank
  3. Masukkan jumlah pengeluaran yang anda mahu. Pengeluaran minimum adalah RM1 bagi setiap transaksi
  4. Dah selesai tekan Confirm
    Cara Dapatkan Refund Dan Withdrawal Dari Shopee Ke Akaun Bank
  5. Kemudian anda akan dibawah ke laman confirmation, jika semua sudah betul anda boleh teruskan dengan tekan Confirm
    Cara Dapatkan Refund Dan Withdrawal Dari Shopee Ke Akaun Bank
  6. Masukkan nombor pin yang anda telah daftar sebelum ini dan tekan confirm
    Cara Dapatkan Refund Dan Withdrawal Dari Shopee Ke Akaun Bank
  7. Selesai. Kemudian akan dipaparkan semua maklumat berkaitan untuk pengetahuan anda sahaja.
    Cara Dapatkan Refund Dan Withdrawal Dari Shopee Ke Akaun Bank

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI REFUND & WITHDRAWAL DI SHOPEE

Ketahui beberapa perkara ini mengenai refund dan withdrawal di Shopee:

  • Anda bebas untuk refund sebanyak mungkin secara percuma tetap hanya akan diberi pengeluaran atau withdrawal secara percuma untuk 3 kali sahaja setiap minggu.
  • Selepas itu akan dicaj RM0.11 bagi setiap transaksi
  • Jika 3 kali sudah digunakan, setiap Isnin anda akan diberi kembali 3 kali free withdrawal
  • Anda hanya dibenarkan untuk melakukan withdrawal sekali sehari sahaja.
  • Selepas mendapat pelepasan daripada pihak Shopee, proses untuk transaksi ke akaun bank anda mengambil masa 2-5 hari waktu bekerja.
  • Pihak Shopee akan memberi tarikh jangkaan bila duit akan berjaya dipindahkan ke akaun bank anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam mendapatkan balik wang anda jika anda menghadapi masalah dengan barangan yang dipesan. Selamat mencuba!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma