Rayuan Haji Dibuka Mulai 19 April, Ini Panduan Buat Rayuan Haji Secara Online Melalui THiJARI
Berita baik buat Pendeposit Tabung Haji (TH)! Pendeposit Tabung Haji kini tidak perlu lagi membuat surat rayuan untuk mengerjakan haji sebaliknya boleh membuat rayuan menggunakan aplikasi THiJARI dengan mudah sekali. Bagi yang belum mendaftar THiJARI, pastikan anda daftar segera untuk nikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Tabung Haji secara online
Kemudahan terbaharu TH ini dibina untuk membantu orang ramai, khususnya kepada mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19. Mereka yang ingin membuat rayuan tidak perlu lagi pergi ke pejabat TH seperti sebelum ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut panduan membuat rayuan haji secara online.
Isi Kandungan
TARIKH RAYUAN HAJI BAGI TAHUN 2022
Pendeposit boleh membuat rayuan haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 2022 atau 1443H/ 2022M yang dibuka pada:
- Tarikh Rayuan Haji 2022: Mulai 19 April 2022
CARA MEMBUAT RAYUAN HAJI SECARA ONLINE
Berikut adalah panduan membuat rayuan haji secara online melalui THiJARI:
- Log masuk ke akaun THiJARI melalui laman thijari.com.my. Bagi yang belum ada akaun THiJARI, anda perlu daftar terlebih dahulu. Klik DAFTAR AKAUN THiJARI
- Setelah log masuk, klik PERKHIDMATAN HAJI
- Klik RAYUAN HAJI
- Klik RAYUAN PERMOHONAN HAJI
- Baca Garis Panduan
- Klik SAYA FAHAM
- Pilih KATEGORI RAYUAN HAJI
- Masukkan NOMBOR AKAUN & NOMBOR KAD PENGENALAN
- Klik YA/ TIDAK (Perakuan Istito’ah)
- Klik HANTAR
- Muat Turun Surat Akuan
Untuk lebih mudah difahami, anda boleh rujuk panduan membuat rayuan haji secara online melalui video tersebut:
Setelah selesai membuat rayuan, anda boleh buat semakan dengan klik di bahagian SEMAK STATUS RAYUAN HAJI setelah ianya diproses oleh Lembaga Tabung Haji.
APLIKASI THiJARI
Selain daripada perkhidmatan secara atas talian melalui laman web, anda boleh juga berurusan dengan Tabung Haji melalui aplikasi THiJARI yang disediakan. Muat turun aplikasi THiJARI di bawah:
KEMUDAHAN THiJARI
Selain daripada rayuan haji, THiJARI juga dibangunkan untuk membantu bakal haji:
- Menyemak pendaftaran haji
- Status rayuan haji
- Status tawaran haji
- Jadual penerbangan
- Semakan baki simpanan Tabung Haji
- Pelbagai perkhidmatan lain dengan mudah
Baca lebih lanjut kemudahan THiJARI DI SINI.
Baca juga: Cara Mudah Hubungkan Kad ATM Maybank Ke Akaun Tabung Haji (TH)
DAFTAR HAJI TANPA DEPOSIT
Tahu tak, anda boleh daftar haji TANPA DEPOSIT RM1,300 dengan menggunakan KWSP. Rujuk panduan daftar haji dengan KWSP tanpa deposit di bawah:
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan rayuan Haji secara online melalui THiJARI, anda boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre di talian berikut:
- Tel: 03-6207 1919
- Faks: 03-7728 4959
- Email: th-info@lth.gov.my