Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin Di Buka. Pembayaran Rayuan Bermula 29 Jun

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memaklumkan bahawa semakan kelulusan permohonan Gerak Khas Prihatin (GKP) boleh dibuat mulai 3 Jun 2020 melalui portal rasmi GKP.

Sudahkah anda buat semakan? Jika belum anda boleh membuat Semakan Lulus Permohonan Geran Prihatin Nasional (GKP) & Tarikh Bayar Geran melalui pautan ini.

Tahniah kepada yang lulus, semoga geran yang anda terima dapat membantu perniagaan anda.

Pemohon GKP yang diluluskan dijangka akan menerima bayaran secara pengkreditan terus ke akaun masing-masing mulai 15 Jun 2020. Bagi permohonan yang masih dalam semakan pula, keputusan permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun 2020 dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 15 Jun 2020.

Bagi pemohon yang GAGAL atau TIDAK LULUS permohonan, jangan risau anda kini boleh membuat permohonan rayuan.

CARA BUAT RAYUAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Bagi memastikan semua pihak yang layak menerima GKP tidak tercicir, Kerajaan bersetuju untuk memberikan peluang kepada pemohon yang gagal dalam permohonan GKP mereka untuk membuat permohonan rayuan mulai 3 Jun sehingga 15 Jun 2020.

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi Geran Khas Prihatin (GKP).

Namun permohonan rayuan GKP tidak boleh dibuat bagi situasi seperti berikut:

  • Melaporkan jumlah jualan melebihi RM300,000 pada borang permohonan GKP
  • Pasangan telah membuat permohonan berasingan dan lulus GKP bagi perniagaan yang sama
  • Perniagaan didaftarkan pada tahun 2020 atau
  • Perniagaan tidak berdaftar dengan LHDNM/ PBT/ SSM sebelum atau pada 31 Disember 2019

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK RAYUAN GERAN KHAS PRIHATIN

Pemohon perlu memuat naik dokumen sokongan bagi setiap kategori rayuan seperti berikut:

Kod Alasan (01).
Alasan Tidak Lulus: Pekerja melebihi 4 orang

Dokumen:

  • Borang Pendaftaran Majikan PERKESO / Borang Pendaftaran Pekerja PERKESO / Borang 8A PERKESO / Borang Permohonan Pendaftaran Majikan KWSP / Borang A KWSP / dokumen sokongan yang berkaitan

Kod Alasan (03)
Alasan Tidak Lulus : Tiada pendapatan – perniagaan dianggap tidak aktif

Dokumen :

  • Penyata kewangan bagi tahun berakhir 2018/ 2019

Kod Alasan (04)
Alasan Tidak Lulus : VIP/ Individu Berprofil Tinggi

Dokumen :

  • Pengakuan pemohon / surat akuan
  • Dokumen sokongan berkaitan

Kod Alasan (05)
Alasan Tidak Lulus : Jualan melebihi RM300,000

Dokumen :

  • Penyata kewangan bagi tahun berakhir 2018/ 2019

Kod Alasan (06)
Alasan Tidak Lulus : Pasangan telah lulus

Dokumen :

  • Rujuk jawapan seperti di atas

Kod Alasan (07)
Alasan Tidak Lulus : Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT

Dokumen :

  • Sijil Pendaftaran Perniagaan

Hanya 3 lampiran dokumen sokongan yang bersaiz maksimum 2 MB sahaja dibenarkan muat naik bagi setiap permohonan rayuan. Format dokumen yang boleh dimuat naik adalah JPEG, JPG, PDF dan PNG sahaja.

Setiap permohonan rayuan akan diproses dengan teliti. Keputusan rayuan GKP pula akan mula dimaklumkan mulai 22 Jun 2020 manakala bayaran bagi rayuan GKP dijangka akan dibuat mulai 29 Jun 2020. 

Hanya permohonan secara atas talian sahaja disediakan. Tiada sebarang rayuan secara manual untuk anda buat.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang rayuan GKP, anda boleh hubungi LHDNM di:

  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000
  • Borang Maklum Balas di portal LHDNM 
  • Facebook rasmi LHDNM
  • Twitter rasmi LHDNM

Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin Di Buka Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin Di Buka

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma