Bayaran Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) Mulai Disember 2020. Semak Di Sini
Sebelum ini, penduduk Sarawak yang merupakan Ketua Isi Rumah dan tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah mereka yang secara automatiknya layak menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).
Namun bagi pemohon yang tidak berjaya, kini anda boleh membuat permohonan rayuan sehingga 31 Mei 2020. Permohonan rayuan BKSS boleh dibuat secara online atau mengisi borang permohonan.
Baca juga: Permohonan BSH Bujang
Berikut adalah maklumat mengenai tarikh pembayaran bantuan, syarat kelayakan dan cara membuat permohonan rayuan.
Isi Kandungan
TARIKH BAYARAN BANTUAN
Penerima BKSS yang mempunyai akaun simpanan bank akan menerima bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam akaun simpanan secara bulanan sebanyak RM250 untuk enam (6) bulan bermula dari 15 April 2020 sehingga 15 September 2020. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
- Bulan Pertama 15 April 2020 : RM250
- Bulan Kedua 15 Mei 2020 : RM250
- Bulan Ketiga 15 Jun 2020 : RM250
- Bulan Keempat 15 Julai 2020 : RM250
- Bulan Kelima 15 Ogos 2020 : RM250
- Bulan Keenam 15 September 2020 : RM250
Kerajaan Negeri Sarawak telah memenuhi komitmen dan mulai pembayaran BKSS pada 15 April 2020 kepada penerima-penerima yang layak.
Baca juga Cara Mendaftar Permit Bantuan Sarawakku Sayang ‘Online’ Bagi Penjaja Tidak Berlesen
Bagi yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan akan dibayar dalam dua fasa:
a) Fasa Pertama (RM750): selepas 17 April 2020; dan
b) Fasa Kedua (RM750): selepas 17 Julai 2020.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG
Bagi mereka yang memenuhi kriteria-kriteria bantuan khas ini tetapi tidak tersenarai sebagai penerima BKSS boleh membuat rayuan. Kriteria-kriteria kelayakan rayuan BKSS adalah seperti berikut:
- Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 yang mana jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan;
- Bujang (berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun) dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan
CARA MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG
Berikut adalah cara pemohon yang tidak berjaya boleh membuat permohon rayuan:
- Permohonan rayuan boleh dibuat secara atas talian di laman web Sarawak
ATAU
- Permohonan rayuan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang boleh dimuat turun dari laman web Sarawak atau muat turun borang permohonan di bawah perkongsian ini
- Borang permohonan yang diisi dengan lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Daerah yang berdekatan dengan alamat pemohon.
Keputusan rayuan boleh disemak selepas 15 Jun 2020 melalui laman pautan semakan ini.
Pemohon digalakkan untuk mengemukakan akaun bank bagi memudahkan bayaran bantuan disalurkan. Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan: – Tel: 082-555 999 / e-mail: 555999@sarawak.gov.my.
RAYUAN BKSS YANG LULUS DIBAYAR DISEMBER
Isi Rumah
Terkini, para pemohon BKSS yang membuat permohonan rayuan iaitu melibatkan 82,000 ketua isi rumah yang tercicir serta pemohon yang berjaya akan mendapat bayaran sebanyak RM250 sebulan untuk tempoh 6 bulan.
Bujang
Manakala bagi 40,000 pemohon bujang B40 yang tercicir pula dan telah membuat rayuan pula akan menerima bayaran secara one-off berjumlah RM500 yang akan dibayar pada Disember 2020.
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan rayuan BKSS, anda boleh hubungi talian 082 555 999 atau email ke alamat 555999@sarawak.gov.my