Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Penjawat Awam Di Sarawak Bakal Terima Bonus Minimum RM2000 Hujung Tahun Ini

Oleh Cikgu Shaari • November 16, 2020 • 2 min baca

Penjawat Awam Di Sarawak Bakal Terima Bonus Minimum RM2000 Hujung Tahun Ini
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Negeri (Dun) Sarawak telah mengumumkan berita gembira buat penjawat awam. Penjawat awam di negeri Sarawak bakal terima bonus minimum RM2000 setiap orang.

Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat menghargai sumbangan, pengorbanan dan komitmen penjawat awam negeri dan Persekutuan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara profesional ketika berdepan situasi yang mencabar sekarang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembayaran bonus buat penjawat awam di Sarawak.

BAYARAN BONUS BUAT PENJAWAT AWAM DI SARAWAK

Penjawat awam di negeri Sarawak bakal menerima durian runtuh iaitu insentif khas sebanyak:

  • Sebulan setengah gaji pokok atau minima RM2000 yang akan dibayar sebelum penghujung tahun ini

Penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak juga bakal menikmati insentif khas sebanyak:

  • RM500 secara one off pada suku pertama tahun depan.

PENJAWAT AWAM DIHARGAI

Ketika wabak Covid-19, anggota Perkhidmatan Awam Sarawak dan Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk doktor, jururawat, pekerja kesihatan, badan beruniform, imigresen dan kakitangan barisan hadapan yang lain juga bekerja tanpa penat untuk melindungi rakyat negeri Sarawak.

Abang Johari berkata, beliau bersyukur kerana komitmen tinggi semua penjawat awam itu, wabak Covid-19 dapat dikawal dengan baik ke tahap yang terkawal.

Mereka mempertaruhkan keselamatan mereka sendiri dan mengorbankan keselesaan mereka, Terdapat juga banyak anggota perkhidmatan yang bekerja di belakang tabir, jauh dari pandangan publisiti, tetapi bekerja dengan tekun di tempat kerja masing-masing.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.