Cara “Ramal” Soalan Temuduga Kerja Yang Bakal Ditanya Oleh Panel. Ini Rahsianya

Macam mana nak tahu apa jenis soalan yang akan ditanya oleh panel penemuduga nanti? Bila dah tiba 3 hari sebelum temuduga gemuruh dalam diri dah mula datang. Pasti macam-macam yang calon mula fikir. Apa yang paling difikir adalah macam mana nak jawab soalan temuduga nanti. Oleh itu, calon mestilah buat persiapan dari segi pengetahuan mengenai soalan yang akan ditanya nanti.

Tidak salah nak ramal soalan temuduga yang akan ditanya nanti, calon boleh jadikan ramalan ini sebagai persediaan temuduga nanti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara meramal soalan temuduga yang akan ditanya nanti.

CARA RAMAL SOALAN TEMUDUGA

Tips 1: Ketahui & fahami apakah bidang kerja anda

Tahukah anda bahawa kebanyakan penemuduga sering bertanya mengenai pengalaman kerja kita. Jika boleh, mereka akan menyoal kita habis-habisan mengenai kerjaya semasa anda. Anda juga mungkin akan diminta kaitkan kemahiran kerja yang anda ada dengan jawatan yang anda mohon.

Kadang-kala soalan-soalan yang ditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah markah penilaian temuduga.

Baca sini: “Mengapa Anda Layak Untuk Jawatan Ini?” Ini Contoh Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga Ini

Tips 1: Peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am

Ini adalah merupakan antara yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan utama dari penemuduga.

Jadi, anda dapat mengetahui bahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa anda sentiasa peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

Tips 3: Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga kerja kerajaan

Ya, hal ni juga tidak kurang pentingnya dalam menjangka soalan temuduga yang bakal anda hadapi. Cuba anda bertanya pada rakan-rakan anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka semasa mereka menghadiri temuduga tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Manatahu soalan tersebut adalah sama dengan soalan yang bakal ditanya kepada anda. Sudah pasti anda dapat menjawabnya.

Kadang-kadang jika tidak sama pun soalannya, bentuk soalan yang akan ditanya lebih kurang sama sahaja. Dengan bertanyakan dengan orang berpengalaman, anda akan mendapat gambaran yang lebih luas.

Tips 4: Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga

Tips ni agak istimewa di mana anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Cuba anda bayangkan, sebagai seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda.

Baca juga: 10 Soalan Temuduga Kerja Yang Pasti Ditanya. Calon Sila Ambil Perhatian

Sekian sahaja tips-tips untuk anda membuat ramalan soalan yang akan ditanya semasa temuduga nanti. Jangan pula anda terlalu berharap dengan ramalan anda tanpa membuat persediaan untuk soalan lain! Calon kena ingat, soalan temuduga tidak semestinya seperti yang difikirkan.

Banyak lagi soalan lain yang mungkin akan ditanya semasa temuduga nanti. Panel penemuduga boleh mengubah soalan yang akan ditanya bila-bila masa sahaja! Mereka juga mungkin akan tanya soalan yang tiada kaitan langsung dengan kerjaya anda.

Baca juga: 12 Soalan Temuduga Kerap Yang Ditanya Kepada Calon Wanita Berbanding Lelaki

Jadi, bersiap sedialah untuk jawab pelbagai kemungkinan soalan!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma