“Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) •Skill Paling Laku 2026: Senarai Kemahiran Bernilai Tinggi Untuk Jana Pendapatan & Bina Kerjaya •Bahasa Ketiga Yang “Worth It” Untuk Gen Z: Ini Pilihan Terbaik Untuk Naik Gaji & Cepat Dapat Kerja •Resume Bahasa Inggeris vs Bahasa Melayu: Mana Lebih Berkesan Untuk Dapat Kerja di Malaysia? • “Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) •Skill Paling Laku 2026: Senarai Kemahiran Bernilai Tinggi Untuk Jana Pendapatan & Bina Kerjaya •Bahasa Ketiga Yang “Worth It” Untuk Gen Z: Ini Pilihan Terbaik Untuk Naik Gaji & Cepat Dapat Kerja •Resume Bahasa Inggeris vs Bahasa Melayu: Mana Lebih Berkesan Untuk Dapat Kerja di Malaysia? •

Petani Ini Kongsikan Rahsia Pokok Berbuah Lebat Hasil Jadikan Ajinomoto Sebagai Baja

Oleh Cikgu Shaari • July 24, 2020 • 3 min baca

Petani Ini Kongsikan Rahsia Pokok Berbuah Lebat Hasil Jadikan Ajinomoto Sebagai Baja
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dengar macam pelik kan jadikan ajinomoto sebagai baja? Memang peliklah, ajinomoto itu kita gunakan dalam masakan sebagai penambah rasa. Biar betul boleh gunakan ajinomoto sebagai baja untuk pokok berbuah lebat? Tidak percaya, baca sampai habis!

Rahsia ini dikongsikan oleh seorang Pembekal Pokok Hybrid melalui laman Facebooknya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk cara jadikan ajinomoto sebagai baja untuk pokok berbuah dengan lebat.

HASIL JADIKAN AJINOMOTO SEBAGAI BAJA

Menurut petani tersebut, berikut adalah hasil baja ajinomoto yang dicuba pada pokoknya.

Petani Ini Kongsikan Rahsia Pokok Berbuah Lebat Hasil Jadikan Ajinomoto Sebagai Baja

Petani Ini Kongsikan Rahsia Pokok Berbuah Lebat Hasil Jadikan Ajinomoto Sebagai Baja

Hasil baja ajinomoto. Ni kali ke 2 berbuah. Sebelum ni segan2 malu2 buahnya. Sekali kena ajinomoto, memang lebat sungguh bunga mangga.

SUKATAN DAN CARANYA

Sukatan yang dikongsikan adalah seperti berikut:

  1. 5 sudu makan ajinomoto + 1 liter air bagi pokok setahun ke atas.
  2. Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun 1 sudu makan ajinomoto + 5 liter air.
  3. Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.

KHASIAT AJINOMOTO PADA POKOK

Antara khasiat ajinomoto pada pokok adalah:

1 Menyuburkan Tanaman

Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman ialah dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur atrium yang tinggi yang terkandung di dalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut.

Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tingkat kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi, yang ditandai dengan : Daun yang lebih hijau, Daun tanaman yang lebat, dan Tanaman menjadi lebih sihat

2 Mempercepat Pertumbuhan Tanaman

Manfaat lain dari kandungan natrium yang terkandung pada ajinomoto MSG ini adalah untuk mempercepat proses pertumbuhan tanaman. Manfaat ajinomoto untuk tanaman ialah membuat proses pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang.

3 Mempercepat Munculnya Bunga

Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses pertumbuhan bunga pada tanaman tersebut. Proses ini disahkan tidak memberi impak buruk, kerana bunga yang keluar, namun warna dan bentuk dari bunga yang keluar tidak berubah.

4 Memenuhi Keperluan Nutrisi Pada Tanaman

Bukan hanya kita manusia dan haiwan, tanaman juga ternyata memerlukan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari baja-baja yang sering kita gunakan. Namun demikian ada kalanya harga baja yang sedikit mahal, sehingga membuat proses pemberian makanan atau baja menjadi sedikit tergendala.

Untuk mengatasi hal ini maka anda boleh menggantikan baja kimia tersebut dengan menyiramkan tanaman tersebut dengan larutan MSG. Siramkan larutan air MSG ajinomoto ini ke tanaman kesayangan anda agar mereka boleh tumbuh subur dan keperluan nutrisinya dipenuhi dengan baik.

Petani Ini Kongsikan Rahsia Pokok Berbuah Lebat Hasil Jadikan Ajinomoto Sebagai Baja

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang minat menanam dan inginkan tanaman berbuah dan berbunga lebat. Belum cuba belum tahu.

Selamat mencuba!

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.