Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) • Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •

Cara Mudah Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis Perniagaan

Oleh Cikgu Shaari • August 4, 2020 • 2 min baca

Cara Mudah Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis Perniagaan
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Menurut pemakluman daripada Ketua Pengarah Kesihatan, kerajaan akan mewartakan penggunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis seluruh negara melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Langkah ini adalah perlu memandangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdepan masalah mengesan kontak rapat di premis yang tidak mempunyai rekod maklumat pelanggan sekiranya ada kes positif Cvodi-19. Dengan penggunaan QR Code Mysejahtera, pelanggan tidak perlu lagi rekod nama melalui penulisan di buku log.

Bagi premis perniagaan yang masih tiada QR Code MySejahtera untuk pendaftaran pelanggan masuk ke premis, anda boleh buat sekarang dengan langkah mudah ini.

MYSEJAHTERA CHECK-IN

MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Pengguna MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan.

CARA BUAT QR CODE PREMIS

Berikut adalah langkah demi langkah untuk membuat atau mencipta QR Code untuk premis perniagaan.

Langkah 1

Pergi ke laman MySejahtera

Cara Mudah Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis Perniagaan

Langkah 2

Klik MySejahtera Check In di bahagian Perkhidmatan

Cara Mudah Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis Perniagaan

Langkah 3

Klik Daftar MySejahtera Check In

Cara Mudah Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis Perniagaan

Langkah 4

Masukkan Nombor Telefon dan klik Register

Cara Mudah Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis Perniagaan

Langkah 5

Masukkan OTP yang diterima melalui SMS dan klik Submit

Cara Mudah Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis Perniagaan

Langkah 6

Lengkapkan maklumat Premis dan klik Submit

Cara Mudah Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis Perniagaan

Langkah 7

QR Code anda akan dipaparkan seperti rajah di bawah. Print QR Code tersebut dan letakkan di premis untuk pelanggan imbas. Siap!

Cara Mudah Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis Perniagaan

Semoga perkongsian ini dapat membantu pemilik premis yang masih tidak mempunyai QR Code untuk premis masing-masing. Apa lagi yang anda tunggu? Buat QR Code sekarang dan mudahkan urusan premis dan pelanggan anda.

Selamat mencuba!

Cara Mudah Buat QR Code MySejahtera Untuk Premis Perniagaan

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.