Ujian Psikometrik SPA Gagal Walaupun Dah Jujur & Positif? Ini Sebabnya

SPA menggunapakai kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan.

Di antara kaedah ujian yang digunakan adalah ujian psikometrik, ujian pengetahuan dan kemahiran kerja, ujian kompetensi serta temu duga. Calon yang pernah berkali-kali lalui ujian psikometrik tetapi susah nak lulus mesti tertanya-tanya kan macam mana nak lulus ujian ini dan apa yang menyebabkan kegagalan?

Jika nak tahu punca kegagalan ujian psikometrik SPA calon, anda boleh rujuk perkongsian di bawah.

Baca juga: Kaedah & Kriteria Penilaian Dalam Ujian Psikometrik Oleh Pihak SPA

SEBAB GAGAL UJIAN PSIKOMETRIK!

Berikut adalah beberapa punca yang menyebabkan ujian psikometrik SPA calon gagal:

Terperangkap Dengan Soalan

Walaupun soalan psikometrik nampak mudah dah boleh dijawab dalam beberapa minit sahaja, ramai calon tak sedar sebenarnya SPA dah pasang “perangkap” dalam sesetangah soalan yang ditanya. Soalan perangkap ini akan membuatkan calon leka menjawab sehingga tidak perasan! Sebab itu anda perlu baca betul-betul soalan yang ditanya.

Contoh soalan perangkap adalah:

  • Dalam membuat undian untuk memilih seseorang wakil saya memilih calon yang saya tahu sedikit tentang dirinya.
    a) Ya
    b) Tidak

Apa jawapan anda? Jika diikutkan pasti anda terfikir untuk jawab YA kan kerana anda pasti memilih calon yang anda kenal. Namun cuba fikir balik, bagaimana pula dengan calon lain yang mungkin lebih bagus dari calon yang anda tahu SEDIKIT sahaja tentang dirinya? Jadi, siapa yang anda akan pilih?

Calon Terlalu Ambil Mudah

Soalan psikometrik biasanya diberi 90+ dengan peruntukan masa selama 1 jam 30 minit. Buka sahaja soalan pasti calon dah boleh tahu apa yang nak dijawab kerana soalan psikometrik ini bukan macam soalan peperiksaan online SPA lain yang memerlukan calon untuk berfikir.

Disebabkan soalan terlalu mudah, ramai calon yang ambil mudah sehingga leka menjawab tanpa berfikir! Pastikan anda fikir dahulu sebelum menjawab, jangan main jawab sahaja.

Tidak Tetap Pendirian Semasa Menjawab Soalan

Nak jawab soalan psikometrik pun kena ada pendirian yang tetap ya. Jangan sesetengah soalan anda jawab seperti anda seorang pemimpin, namun sesetengah soalan lain anda jawab seperti anda seorang pengikut..

Contohnya bila anda dah jawab bahawa anda seorang yang suka bergaul, jangan pula anda jawab anda tidak suka mengenali orang ramai di majlis pada soalan berikutnya. Nampak tak ini menunjukkan 2 personaliti yang berbeza?

Terlalu Jujur

Menjawab soalan psikometrik ini memerlukan kejujuran, tetapi calon tidak perlu terlalu jujur sehingga memburukkan diri sendiri. Jika soalan tanya anda adakah anda seorang yang aktif, pastikan anda jawab YA walaupun hakikatnya anda bukan seorang yang aktif. Tetapi bila dah jawab sedemikian, anda mestilah ubah diri anda menjadi seorang yang AKTIF bermula dari sekarang sebagai persediaan sekiranya anda dipanggil temuduga.

Jangan kekalkan sifat yang tidak baik dalam diri dan bawa sehingga ke alam pekerjaan ya! Perkara yang tidak baik dalam diri sebaiknya anda ubah.

Beri Jawapan Yang Negatif

Terapkan dalam diri anda semua sifat yang positif sahaja sepanjang menjawab soalan psikometrik ya! Contoh soalan yang boleh menunjukkan sifat calon yang negatif adalah:

  • Sekali-sekala saya ketawa kepada jenaka yang berunsur lucah.
    a) Ya
    b) Tidak

Jika anda jawab ya, ia akan menunjukkan diri anda seorang yang negatif.

Cara Jawab Dah Betul, Tetapi SPA Mengambil Kira Bilangan Calon

Kadang kala semua jawapan yang anda beri dah betul dan menepati kriteria yang dicari, tetapi had pengambilan calon yang menyebabkan anda gagal.

Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu:

  • berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga,
  • contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

Baca juga: Adakah Ujian Psikometrik Ada Status Lulus & Gagal? Ini Penjelasan SPA

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon membuat yang terbaik semasa menjawab ujian psikometrik SPA dan sentiasa mengelak daripada membuat perkara yang boleh menggagalkan ujian psikometrik.

STRATEGI UNTUK LULUS UJIAN PSIKOMETRIK SPA

Fahami Struktur Ujian

  • Kenali jenis-jenis soalan yang akan ditanya.
  • Latih diri dengan soalan-soalan ujian psikometrik yang tersedia.

Baca Soalan dengan Teliti

  • Perhatikan kata-kata kunci dalam soalan.
  • Elakkan dari menjawab secara terburu-buru.

Konsistensi dalam Menjawab

  • Pastikan jawapan anda konsisten dengan personaliti dan sikap yang anda ingin tunjukkan.
  • Hindari jawapan yang bercanggah antara satu sama lain.

Sikap Positif

  • Tunjukkan sikap yang positif dalam semua jawapan.
  • Berikan jawapan yang mencerminkan personaliti yang baik dan sesuai untuk jawatan.

Latihan dan Persediaan

  • Gunakan sumber-sumber latihan yang ada untuk mempersiapkan diri.
  • Ambil ujian simulasi untuk membiasakan diri dengan format dan tekanan masa.

Kesedaran Diri

  • Fahami kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
  • Ubah sikap negatif kepada positif sebagai persiapan untuk temuduga.

PANDUAN PEPERIKSAAN PSIKOMETRIK SPA

Panduan peperiksaan Psikometrik SPA merupakan satu-satunya panduan utama yang dihasilkan khas untuk membantu calon jawatan kerajaan lulus dalam peperiksaan Psikometrik SPA.

Panduan ini mengandungi nota berkaitan Psikometrik, Contoh Soalan Psikometrik SPA lengkap dengan jawapan untuk membantu persediaan calon peperiksaan.

Contoh Soalan Psikometrik SPA turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Psikometrik nanti.

Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.

Anda boleh mendapatkan laporan percuma berkaitan dengan nota Psikometrik dalam format PDF. Selain itu, anda akan diberikan tips-tips yang berkaitan dengan peperiksaan Psikometrik dari masa ke semasa.

Buat persediaan dari sekarang dengan mendapatkan panduan peperiksaan Psikometrik SPA di bawah.

Contoh Soalan Psikometrik

TEMPAH SEKARANG

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma