Permohonan Protege Ready To Work SME Bank Kini Dibuka. Elaun RM2000 Sebulan Buat Graduan
Pengambilan peserta PROTEGE-Ready To Work di SME Bank Group kini dibuka. Graduan yang berminat boleh melengkapkan permohonan di ruangan yang disediakan selewat-lewatnya 30 November 2020.
SME Bank ingin mengalu-alukan graduan warganegara yang berkelayakan untuk menyertai Program Protege dengan elaun bulanan RM2000.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan Protege SME Bank Group.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROTEGE
Berikut adalah maklumat mengenai program Protege yang ditawarkan:
- Nama syarikat: SME Bank Group
- Elaun bulanan: RM2000
- Tempoh: 12 bulan
- Penempatan: Enterprise Banking (Di seluruh Malaysia)
- Jawatan: Executive, Relationship Management
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mengikuti Program Protege yang ditawarkan adalah:
- Graduan Warganegara Malaysia
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Graduan yang mengikuti Program Protege SME Bank akan memperoleh kemudahan berikut:
- Cuti tahunan
- Cuti sakit
- SOCSO
- SIP
- Faedah rawatan kesihatan
- Personal Accident Group Takaful
CARA MOHON
Sekiranya anda merupakan graduan yang berminat untuk menyertai program Protege di SME Bank Group, anda boleh mohon selewat-lewatnya 30 November 2020. Klik pautan berikut untuk mohon:
Permohonan adalah melalui laman LinkedIn. Pemohon dinasihatkan agar melengkapkan profil seperti yang diminta dan boleh mohon program yang ditawarkan melalui laman tersebut.