Tawaran Program Protege BERNAMA Terbuka Buat Graduan, Elaun RM2,000 Diberi

BERNAMA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan di bawah Program Protege-RTW seperti yang diiklankan.

Calon yang berminat dan berkelayakan boleh buat permohonan secara atas talian sepanjang tempoh permohonan dibuka melalui sistem permohonan yang disediakan. Pelbagai kemudahan dan elaun disediakan kepada calon yang berjaya mendapat penempatan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Majikan: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
  • Nama program: PROTEGE RTW
  • Tempoh latihan: 8 bulan
  • Penempatan: Wisma BERNAMA, KL
  • Tarikh tutup: 10 Februari 2023

SENARAI JAWATAN

Pengambilan program Protege dibuka bagi jawatan-jawatan berikut:

  • Juruvideo

FAEDAH DISEDIAKAN

Antara faedah disediakan kepada calon yang berjaya mendapat penempatan adalah:

  • Elaun bulanan: minimum RM2,000 sebulan
  • KWSP
  • SOCSO
  • Cuti Tahunan 8 hari
  • Cuti Sakit 8 hari
  • Perubatan RM125.00/bulan
  • Latihan Soft Skill

KELAYAKAN DIPERLUKAN

Hanya calon yang berkelayakan seperti dinyatakan sahaja akan dipertimbangkan untuk permohonan:

  • Ijazah Sarjana Muda Filem & Video
  • Ijazah Sarjana Muda Saster bidang Filem Digital & Televisyen

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui Portal Kerjaya BERNAMA sepanjang tempoh permohonan dibuka di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program ditawarkan, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Tel: 03 2693 9933
  • Emel: jsm@bernama.com

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma