Prosedur Sesi Pendaftaran, Pengajaran & Pembelajaran Pelajar TVET MARA, KKTM, MJII & IKM

Demi memutuskan rantaian penularan pendemik Covid-19, beberapa perkara telah diputuskan untuk pelaksanaan sesi pendaftaran dan pengajaran & pembelajaran di KKTM, MJII & IKM seluruh Malaysia. Prosedur yang telah ditetapkan ini juga bersesuaian dengan arahan pihak berkuasa.

Pelaksanaan pendaftaran, pengajaran dan pembelajaran untuk kemasukan kali ini adalah sangat berbeza dari sebelum ini. Jadi bakal pelajar institusi berkaitan ini sila ambil perhatian demi menjaga keselamatan masing-masing.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

TARIKH PENDAFTARAN

Tarikh pendaftaran yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran Pelajar Baru: 25/26 Oktober 2020
  • Pendaftaran Pelajar Kanan: 01/02 November 2020

PROSEDUR PENDAFTARAN

  • Pelajar baharu sesi November 2020 – April 2021 dan pelajar kanan sesi November 2020 – April 2021 akan melapor diri secara dalam talian (Online)
  • Proses pendaftaran secara dalam talian (Online). Campus Management System
  • Pelajar kanan bagi semester LIMA Diploma dan semester TIGA Sijil boleh memohon kepada pengurusan pusat untuk melapor diri secara fizikal atas keperluan penting seperti latihan amali, makmal, bengkel, studio, praktikal, Final Year Project atau yang memerlukan peralatan khusus mengikut tarikh dan tempoh yang ditetapkan oleh institusi masing-masing
  • Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pusat pengajian masing-masing.

MINGGU SILATURRAHIM (MSR)

  • Program / aktiviti MSR secara bersemuka adalah ditangguhkan
  • Informasi penting kepada ibu bapa/penjaga dan pelajar-pelajar akan disampaikan menerusi dalam talian, menerusi aplikasi ICT yang mudah diakses atau edaran handout

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

  • Pelajar baharu dan kanan sesi Nov 2020 – April 2021 akan mengikuti proses pembelajaran teori secara dalam talian
  • Pihak pengurusan KKTM, MJII & IKM akan mengatur jadual pembelajaran amali kepada pelajar kanan dengan memastikan SOP dipatuhi
  • Pelajar yang mengalami masalah akses terhadap rangkaian internet di rumah boleh memohon untuk berada di pusat atau institusi pendidikan MARA yang berdekatan
  • Pelajar baharu dan kanan yang telah melaporkan diri dan berada di pusat boleh meneruskan pembelajaran secara bersemuka di kelas/bengkel dengan mematuhi SOP kecuali kawasan yang diisytiharkan zon merah / PKPP/PKPD oleh MKN
  • Sesi ko-kurikulum secara bersemuka dengan penglibatan yang ramai adalah ditangguhkan
  • Kajian lapangan boleh dilaksanakan merujuk kepada tempat/kawasan yang tidak berada dalam talian adalah digalakkan
  • Pematuhan yang tinggi terhadap SOP yang berkuatkuasa adalah diperlukan bagi mengekang penularan Covid-19 di IPMA

LATIHAN INDUSTRI

  • Pelajar-pelajar boleh menjalani latihan industri secara fizikal dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan pihak MKN, KKM, MARA dan juga syarikat/industri
  • Pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat/industri yang berada di zon merah/PKPB/PKPD boleh memohon untuk meneruskan latihan industri secara inhouse di pusat masing-masing

KEBAJIKAN PELAJAR

  • Semasa dalam tempoh PKPB/PKPD, pelajar boleh memohon untuk pulang ke rumah ibu bapa/penjaga dengan mendapat kebenaran daripada pihak penguasa melalui pengurusan pusat
  • Semasa dalam tempoh PKPB/PKPD, pengurusan KKTM, MJII & IKM akan membantu pelajar-pelajar yang berada di dalam kawasan KKTM, MJII & IKM di dalam menyediakan keperluan makan dan minum serta keperluan penting yang lain.

PERGERAKAN PELAJAR

  • Semasa dalam tempoh PKPB/PKPD, pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk keluar daripada kawasan KKTM, MJII & IKM kecuali atas keperluan penting dan kes kecemasan sahaja serta mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan pusat
  • Semasa dalam tempoh PKPP, pengurusan pusat akan mengehadkan aktiviti keluar masuk pelajar terutama bagi pelajar yang menetap di asrama. Bagi pelajar-pelajar yang tinggal di luar, pematuhan yang tinggi kepada SOP hendaklah dilaksanakan

Prosedur umum yang dikongsikan adalah berdasarkan perkembangan dari masa ke masa dan sebarang makluman terbaru akan dimaklumkan menerusi laman Facebook TVET MARA.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma