Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tawaran Program Zero To Hero Tajaan Yayasan Sime Darby Terbuka Buat Lepasan SPM

Oleh Cikgu Shaari • September 15, 2022 • 2 min baca

Tawaran Program Zero To Hero Tajaan Yayasan Sime Darby Terbuka Buat Lepasan SPM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Sime Darby ingin menaja lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk ceburi bidang kemahiran sertai Program Zero To Hero yang ditawarkan bagi pengambilan Oktober 2022. Tawaran dibuka adalah bagi kemasukan segera.

Terbuka kepada golongan Asnaf, Tahfiz, Pelajar Sekolah Pondok dan juga Madrasah. berpeluang mendapatkan penempatan pekerjaan selepas tamat latihan. Bagi yang berminat anda boleh buat permohonan sekarang kerana tempat adalah terhad!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Zero To Hero
  • Tajaan: Yayasan Sime Darby
  • Pengambilan: Oktober 2022

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan disediakan kepada peserta latihan ini adalah:

  • Hostel beserta makan dan minuman harian
  • Pengangkutan dari hostel ke tempat latihan yang bertempat di TWI Shah Alam
  • Elaun bulanan
  • Pensijilan Antarabangsa dari CSWIP UK
  • Jaminan penempatan kerja selepas tamat latihan

TAWARAN KURSUS

Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan melalui program zero to hero tajaan Yayasan Sime Darby:

  • Program Kimpalan Antarabangsa – sehingga 3G/6G GTAW GMAW SMAW
  • Inspektor Kimpalan Visual Tahap 1
  • CSWP UK Pengenalan Pengujian Tanpa Musnah
  • Lesen NIOSK Oil & Gas Safety Passport (OGSP)
  • CIDB Green Card
  • Kelas Bahasa Inggeris

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia (berumur 25 tahun ke bawah)
  • Berdaftar sebagai Asnaf
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pendapatan isi rumah kurang dari RM5,000

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan menghubungi pegawai bertugas melalui WhatsApp di talian berikut:

  • 011 – 16971489 (Encik Khairuddin)
  • 017 7716521 (Cik Aisyah)

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.