Daftar N-Gene: Program Latihan Asas Keusahawanan Buat Graduan & Belia, Modal RM3,000 Diberi
N-GENE atau singkatan kepada New Gen Entrepreneurs Online Bootcamp merupakan sebuah program latihan asas keusahawanan secara dalam talian serta bimbingan perniagaan end-to-end untuk membantu graduan/belia memulakan perniagaan berisiko rendah.
Bagi graduan/belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, peserta akan dibimbing melalui perniagaan francais/pra-francais. YAB Perdana Menteri pada 17 Mac 2021 telah mengumumkan program ini sebagai salah satu inisiatif PEMERKASA untuk menjana semula ekonomi negara melalui peningkatan bilangan usahawan baru dalam kalangan belia graduan
Program ini diterajui oleh unit PROTÉGÉ, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama dari SME Bank CEDAR, PERNAS, INSKEN dan juga TEKUN Nasional.
Isi Kandungan
GERAN MIKRO PERMULAAN PERNIAGAAN
Peserta akan diberi sokongan dengan Geran Mikro Permulaan Perniagaan sebanyak:
- Pembiayaan sehingga RM100,000; dan
- Geran mikro Permulaan Perniagaan RM3,000
MANFAAT PROGRAM
- Latihan asas keusahawanan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan secara PERCUMA
- Business Coach yang berpengalaman dan profesional
- Pembiayaan sehingga RM100,000 dengan Geran Mikro Permulaan Perniagaan RM3000
- Janaan pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi 3 bulan dalam tempoh program
KRITERIA PESERTA
Antara syarat kelayakan untuk memohon program yang ditawarkan adalah:
- Warganegara Malaysia, berumur di antara 18 hingga 40 tahun
- Graduan Diploma dan ke atas adalah nilai tambah bagi permohonan ini
- Kriteria tambahan:
– Telah memulakan perniagaan tidak melebihi tiga tahun dari tempoh pendaftaran perniagaan; atau
– Berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan
STRUKTUR LATIHAN
CARA DAFTAR
Graduan/ Belia yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam program N-GENE, boleh mengemukakan penyertaan melalui saluran di bawah selewat-lewatnya 15 Oktober 2021. Klik butang di bawah untuk isi borang pendaftaran peserta secara online:
Sekretariat berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati maklumat yang dinyatakan tidak tepat atau tidak lengkap. Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi Sekretariat yang bertugas seperti berikut:
- Emel: protege.ngene@medac.gov.my
- Tel: 03 2935 8989 (sambungan 302) – Pn Nurul Syarmiera/ En. Muhammad Haiban