Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia • Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •

UBES 3.0: Tawaran Pembiayaan Usahawan Belia Sehingga RM30,000 Untuk Lepasan SPM/ Sijil & Belia

Oleh Cikgu Shaari • January 6, 2022 • 2 min baca

UBES 3.0: Tawaran Pembiayaan Usahawan Belia Sehingga RM30,000 Untuk Lepasan SPM/ Sijil & Belia
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu telah memperkenalkan Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0) bagi membantu dari segi pembiayaan kepada belia di negeri Terengganu menjadi usahawan berjaya.

Objektif program pembiayaan ini diperkenalkan adalah bagi membantu belia dan beliawanis lepasan SPM dan Sijil Kemahiran yang tidak dapat menyambung pengajian ke IPTA/ IPTS dan berminat untuk menceburi/ mengembangkan perniagaan sedia ada. Inilah peluang untuk belia di negara kita berkembang maju, jangan lepaskan peluang ini!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan cara buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan pembiayaan melalui Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0) dibuka sehingga  tempoh berikut:

  • Tarikh tutup permohonan: 9 Januari 2022

PEMBIAYAAN UBES 3.0

Pembiayaan menerusi UBES 3.0 adalah meliputi:

  • Pengembangan perniagaan: RM5,000 hingga RM30,000
  • Dana peralatan: RM5,000
  • Dana branding: RM2,000

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 hingga 35 tahun
  • Bumiputera dan beragama Islam
  • Rakyat Terengganu terbuka kepada semua termasuk yang menjalankan perniagaan di luar Terengganu (perantau)
  • Tahap pendidikan minima SPM
  • Lengkap 2 dos vaksin
  • Berminat menjadi usahawan sepenuh masa
  • Sekiranya berniaga mestilah tidak melebihi 3 tahun beroperasi

DOKUMEN DIPERLUKAN

Untuk buat permohonan pembiayaan UBES 3.0, anda mestilah sertakan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan ibu/bapa (jika berkaitan)
  • Sijil lengkap vaksin (2 Dos)
  • Gambar profil
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau staraf (jika berkaitan)
  • Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) – jika berkaitan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan pembiayaan ditawarkan dan memeunhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda buat permohonan selewat-lewatnya 9 Januari 2022 (Ahad). Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di talian 09 6242 424.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.