Permohonan Bantuan Program Transformasi Belia Ternak Dibuka Buat Belia Di Johor

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor membuka peluang bagi penternak dan pengusaha Industri Asas Ternakan (IATn) belia untuk memohon Bantuan Program Transformasi Belia Ternak 2021.

Penternak dan pengusaha belia yang berminat diminta untuk melengkapkan dan menghantar borang permohonan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran selewat-lewatnya pada 11 April 2021 bersamaan hari Ahad.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan serta cara mohon bagi yang berminat.

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Individu berumur diantara 18 hingga 40 tahun.
  • Boleh membaca, mengira dan menulis
  • Mempunyai pendaftaran ID Premis
  • Mengikuti program latihan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi lain yang diiktiraf.
  • Keutamaan kepada belia yang telah menjalankan projek atau projek yang telah di usahakan oleh keluarga ( Ibu / Bapa )
  • Permohonan daripada lepasan pelajar IPTA / IPTS perlu mengemukakan salinan pencapaian Akademik.
  • Permohonan daripada kakitangan awam perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Ketua Jabatan. Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak dibenarkan memohon.
  • Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima.
  • Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi dan berdaya maju untuk di perluas kapasiti.

SKOP PROGRAM

Belia yang mengikuti program yang ditawarkan akan mendapat manfaat bantuan dan program meliputi skop berikut:

  1. Pemberian Geran Bantuan Secara Bersasar
  2. Penjenamaan Produk
  3. Penggunaan Teknologi
    – Perolehan Peralatan Ladang
    – Perolehan Peralatan Premis
  4. Meningkatkan Biosekuriti
    – Ladang
    – Premis
  5. Kawalan Keselamatan Makanan
    – Pakej Bantuan Keselamatan Makanan
  6. Pembangunan Infra
    – Pakej Bantuan Bahan Binaan

Permohonan Bantuan Program Transformasi Belia Ternak  Dibuka Buat Belia Di Johor

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat sehingga selewat-lewatnya tarikh permohonan berikut:

  • Daerah Segamat – 11 April 2021
  • Daerah Muar – 13 Mei 2021

CARA MOHON

Tawaran adalah terbuka kepada golongan belia yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan di atas. Untuk buat permohonan, anda perlu dapatkan borang permohonan di salah satu saluran berikut:

Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan :

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma