Pengambilan Pelajar Program Sijil Pertanian Sesi 2022/2024 Institut Pertanian Sarawak Dibuka
Sijil Pertanian Institut Pertanian Sarawak telah diiktiraf setaraf dengan Sijil Politeknik (Teknikal) Politeknik-politeknik di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sejak 18 January 1996 oleh JPA. Pembiayaan kos pengajian sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak (Jabatan Pertanian Sarawak).
Kursus Sijil Pertanian mengambil masa selama dua tahun (empat semester). Setiap sesi tahun pengajian mengandungi dua semester dan setiap semester terdiri daripada 20 minggu pengajian. Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa dan merangkumi 73 jam kredit untuk dianugerahkan Sijil Pertanian.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Kursus Sijil Pertanian
- Tempoh kursus: 2 tahun (empat semester)
- Pengambilan: Sesi 2022/2024
- Penempatan: Institut Pertanian Sarawak, Semongok
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Program Sijil Pertanian sesi 2022/2024 di Institut Pertanian Sarawak dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 14 Februari 2022 – 14 April 2022
SYARAT KELAYAKAN
Pengambilan dibuat berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 25 tahun pada masa kursus bermula.
- Berkelulusan SPM atau SPVM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan seperti berikut :
– Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan
– Lulus dalam Bahasa Inggeris dan
– Lulus dalam matapelajaran Matematik dan
– Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu Sains Pertanian, Sains, Geografi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Kerja Kimpalan, Teknologi Automotif,0)Menservis dan Membaiki Kenderaan, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Perniagaan dan Keusahawanan, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Matematik Tambahan, Pengajian Agroteknologi, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Makanan, Katering dan Penyajian, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Teknologi Bakeri dan Konfeksioneri, Membuat Roti dan Patisserie dan - Berjaya dalam temuduga yang dijalankan
- Belum berkahwin
STRUKTUR PENGAJIAN
Untuk mencapai matlamat Institut Pertanian, sukatan pelajaran disediakan mengikut kumpulan mata pelajaran berikut:
- Mata pelajaran wajib meliputi matapelajaran asas dan kemahiran
- Mata pelajaran pengkhususn di mana pelajar memilih salah satu daripada 6 bidang yang ditawarkan
Semua pelajar wajib mengikuti Latihan Industri (LI) selama 8 minggu pada akhir Semester IV. Latihan ini diadakan samada di sektor swasta atau kerajaan.
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan untuk ikuti program ini sekarang. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman berikut:
Bagi yang ada masalah buat permohonan secara online, anda boleh hantar permohonan secara manual ke alamat berikut:
- Pengetua
Institut Pertanian Sarawak
KM 20, Jalan Kuching Srian,
Semongok
93250 Kuching Sarawak - Tel: 082 611341/2/3
- Emel: ipss.doaswk@sarawak.gov.my