Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Program Save 2.0: Daftar Sekarang & Terima Baucar Shopee RM200 Setiap Keluarga

Oleh Cikgu Shaari • October 8, 2021 • 2 min baca

Program Save 2.0: Daftar Sekarang & Terima Baucar Shopee RM200 Setiap Keluarga
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Save 2.0 ialah sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Program ini dilaksanakan oleh SEDA Malaysia di bawah Kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan kolaborasi dengan Shopee bagi meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Program Save 2.0 dan cara daftar untuk dapatkan baucar RM200.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program ini dilaksanakan adalah bagi:

  • Meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik; dan
  • Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria kelayakan penerimaan dan penggunaan baucar daripada Program Save 2.0:

  • Warganegara Malaysia
  • Pengguna/ pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB
  • Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara ATAU peti sejuk berlabel 4 ATAU 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021; dan
  • 1 akaun bil, 1 e-Rebat & first come fisrt serve basis

CARA DAFTAR PROGRAM SAVE 2.0

Untuk mendaftar Program Save 2.0 dan terima baucar RM200, anda boleh ikut langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Shopee anda
  2. Cari barang elekrtik yang berlabel SAVE 2.0 di Shopee
  3. Chat dengan seller upaya mengaktifkan penebusan voucher RM200 SAVE 2.0 untuk anda
  4. Seller akan memberikan kod voucher untuk anda isikan ketika Check Out
  5. Isikan kod yang diberikan dan baucar RM200 akan ditolak daripada harga asal bagi permohonan yang diluluskan
  6. Tunggu permohonan anda diproses. Voucher RM200 akan diberikan di Shopee anda seperti di bawah

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman https://shopee.com.my/. Sekiranya anda mengalami masalah, anda boleh menghubungi pegawai tersedia di SEDA Malaysia seperti berikut:

  • Pasukan Khas Program SAVE 2.0
    Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal
    SEDA Malaysia
  • +603 8870 5800
  • saveenergy.gov.my
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.