Permohonan Kemasukan Program Sarjana Muda UMP Ambilan Februari 2021 Dibuka

Universiti Malaysia Pahang(UMP) kini membuka peluang melanjutkan pengajian ke program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa dalam pelbagai bidang pengajian bagi kemasukan khas Februari 2021.

Tawaran adalah dibuka kepada lepasan Diploma, Matrikulasi, Asasi, STPM dan setaraf yang berkelayakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program pengajian yang ditawarkan.

MAKLUMAT PROGRAM PENGAJIAN

Berikut adalah maklumat program pengajian yang ditawarkan:

  • Kemasukan: Februari 2021
  • Tempoh: 4 Tahun
  • Setahun: 2 semester dan 1 semester pendek

PROGRAM DITAWARKAN

Berikut adalah senarai Program Pengajian Sarjana Muda yang ditawarkan:

Kolej Kejuruteraan

  • Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa)
  • Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Pembuatan
  • Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekatronik

Kolej Teknologi Kejuruteraan

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Farmaseutikal) dengan kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) dengan kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pengurusan Infrastruktur) dengan kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan ( Pembuatan ) dengan kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrikal (Kuasa & Mesin) dengan kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dengan kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Tenaga & Persekitaran) dengan kepujian

Kolej Komputeran & Sains Gunaan

  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Kimia Industri
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Bahan

SYARAT KELAYAKAN

  • Lepasan Diploma Setaraf
  • Minimum Kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah peringkat SPM
  • Memiliki MUET sekurang-kurangnya Tahap 2

CARA MEMOHON

Permohonan bagi pelajar yang berminat masih dibuka sehingga 31 Disember 2020. Sekiranya anda berminat untuk mohon, permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Jangan lepaskan peluang ini, tempat adalah terhad. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman Facebook UMP Advanced atau hubungi talian WhatsApp berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma