Tawaran Bina Kerjaya Melalui Program Protege MAIWP Terbuka Buat Graduan

Program Protege MAIWP yang diwujudkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bertujuan untuk membantu graduan menganggur dalam membangunkan keupayaan diri secara mempersiapkan dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan potensi diri dan peluang kebolehpasaran graduan.

Graduan yang berkelelayakan dan merupakan lepasan IPTA/IPT/ Luar Negara, ini lah peluang untuk anda bina kerjaya! Pastikan anda hantar permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup permohonan dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program Protege MAIWP dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Penganjur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  • Nama program: Program Protege MAIWP
  • Tempoh sah laku permohonan: 12 bulan
  • Tarikh tutup permohonan: 14 Mei 2022 jam 11.59 malam

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan
  •  Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Graduan lepasan IPTA/IPTS/ Luar Negara
  • Golongan Asnaf (kiraan had kifayah melalui pautan Kalkulator Had Kifayah (maiwp.gov.my) dan cetak untuk dimuat naik dalam borang permohonan

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang merupakan:

  • Penerima biasiswa MAIWP
  • Penerima Bantuan Pelajaran MAIWP

CARA MOHON PROTEGE MAIWP

Sekiranya anda berminat untuk bina kerjaya melalui program Protege MAIWP dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan, anda boleh buat permohonan secara dalam talian melalui pautan disediakan berikut:

Sebarang surat menyurat atau penghantaran resume bagi tujuan permohonan TIDAK AKAN DITERIMA. Hanya permohonan secara online sahaja akan diterima. Tempoh sah laku permohonan adalah selama 12 bulan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program Protege MAIWP, anda boleh rujuk terus di laman web rasmi MAIWP di www.maiwp.gov.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma