Tawaran Bantuan Banjir Agrobank & Bank Islam, Semak Senarai Bantuan Di Sini
Bantuan Banjir Agrobank 2022/2023 adalah kemudahan bantuan khas yang ditawarkan oleh Bank kepada pelanggan yang layak dan menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka akibat terkesan dengan bencana banjir yang berlaku.
Selain Agrobank, Bank Islam juga menawarkan bantuan bantuan melalui Progran Prihantin banjir yang bakal memberi manfaat kepada mangsa banjir pada tahun 2022. Pelanggan yang mempunyai kemudahan pembiayaan seperti Pembiayaan Rumah, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh memohon program ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
BANTUAN BANJIR AGROBANK
Bantuan Banjir Agrobank 2022/2023 adalah kemudahan bantuan khas yang ditawarkan oleh Bank kepada pelanggan yang layak dan menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka akibat terkesan dengan bencana banjir yang berlaku.
Antara bantuan yang ditawarkan adalah:
- Bank menawarkan penangguhan sementara bayaran ansuran bulanan untuk tempoh sehingga 6 bulan (Moratorium); dan
- Penjadualan dan penstrukturan semula bayaran pembiayaan.
Syarat kelayakan mohon Bantuan Banjir Agrobank adalah:
- Pelanggan sedia ada Bank yang terjejas berikutan bencana banjir.
- Akaun pembiayaan pelanggan masih belum tamat tempoh/matang.
- Pemohon/lokasi perniagaan mestilah di kawasan yang berlakunya banjir dan termasuk dalam senarai kawasan yang terkesan sepertimana yang diisytiharkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara.
- Pembiayaan pelanggan mestilah tidak mempunyai baki tunggakan melebihi 90 hari dari tarikh permohonan dibuat.
Penangguhan sementara bayaran ansuran bulanan untuk tempoh sehingga enam (6) bulan (Moratorium):-
- Hanya jenis pembiayaan yang berkonsepkan pembiayaan berjangka sahaja ditawarkan di bawah Bantuan Banjir Agrobank 2022/2023.
Penjadualan dan penstrukturan semula bayaran pembiayaan adalah untuk kesemua jenis pembiayaan.
PROGRAM PRIHATIN (BANJIR) BANK ISLAM
Pelanggan Pembiayaan Perumahan, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan Bank Islam yang terkesan akibat bencana banjir dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan layak memohon.
Kriteria permohonan Program Prihatin – Banjir adalah seperti berikut:
- Akaun pelanggan tidak tertunggak melebihi 90 hari dan tidak diklasifikasikan sebagai pembiayaan tidak berbayar
DAN; - Pelanggan bukan seorang yang bankrap semasa tarikh permohonan dibuat.
- Bagi Pembiayaan Perumahan, kediaman yang dibiayai telah pun siap sepenuhnya, diduduki oleh pelanggan dan terkesan akibat bencana banjir.
- Bagi Pembiayaan Peribadi/Pembiayaan Kenderaan, pelanggan beralamat di lokasi dimana bencana banjir berlaku.
Program yang ditawarkan adalah penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga enam (6) bulan bermula pada bulan berikutnya selepas kelulusan.
Borang permohonan Program Prihatin – Banjir boleh diperolehi di laman sesawang rasmi Bank Islam>Need Assistance>Financing Support & Assistance atau di mana-mana cawangan Bank Islam yang berdekatan.
Pelanggan perlu melengkapkan dan menghantar borang permohonan tersebut berserta salah SATU (1) surat/dokumen sokongan berikut:
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ATAU
- Ketua Kampung, ATAU
- Penghulu, ATAU
- Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK), ATAU
- Agensi berkaitan (Agensi Pengurusan Bencana Negara/Majlis Keselamatan Negara, ATAU
- Laporan Polis
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke cawangan berdekatan untuk tujuan pemprosesan.