Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Pengambilan Pelajar Program Persijilan MAINS Dibuka Bagi Sesi Februari 2023

Oleh Cikgu Shaari • November 21, 2022 • 2 min baca

Pengambilan Pelajar Program Persijilan MAINS Dibuka Bagi Sesi Februari 2023
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kini membuka permohonan bagi Program Persijilan MAINS. Saudara Muslim/ mualaf/ anak mualaf dipelawa untuk mendaftar dalam Sijil Asas Pengajian Islam selama 1 tahun 6 bulan (3 semester) di Kompleks As-Sa’adah, MAINS, Seremban.

Calon yang berminat dengan program pensijilan yang ditawarkan dan ingin buat permohonan boleh buat permohonan secara atas talian sepanjang tempoh permohonan dibuka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Maklumat program: Program Persijilan MAINS (Sijil Asas Pengajian Islam)
  • Anjuran: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
  • Pengambilan: Februari 2023
  • Tempoh pengajian: 1 tahun 6 bulan (3 semester)
  • Tempat pengajian: Kompleks As-Sa’adah, MAINS Seremban

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke Program Persijilan MAINS Sijil Asas Pengajian Islam bagi sesi Februari 2023 dibuka sehingga tarikh berikut:

  • Tarikh tutup: 31 Disember 2022

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Saudara Muslim/mualaf/anak-anak mualaf.
  • Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
  • Boleh membaca dan menulis.

CARA MOHON

Pelajar yang berminat nak mengikuti pengajian islam seperti yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan bagi pengambilan Februari 2023 yang dibuka sepanjang tempoh ditetapkan. Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian di pautan berikut:

Calon diminta mengisi borang dengan maklumat yang tepat dan lengkap. Untuk keterangan lanjut mengenai Program Persijilan MAINS 2023, anda boleh hubungi talian 06-763 7916/018-352 4376 atau Whatsapp nombor 014-2592212 .

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.