Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Program Perantisan Kemahiran Belia Terbuka Buat Lepasan SPM. Elaun Bulanan Diberi

Oleh Cikgu Shaari • April 15, 2021 • 2 min baca

Program Perantisan Kemahiran Belia Terbuka Buat Lepasan SPM. Elaun Bulanan Diberi
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) dalam usaha untuk memperkasakan golongan belia dan memberikan kemahiran berguna yang mampu meningkatkan potensi belia telah menawarkan Program Perantisan Kemahiran Belia. Program ini adalah dengan kerjasama SEDA dan Malaysian Photovoltac Industry Assocation.

Lepasan SPM yang berminat boleh mohon kemasukan Jun 2021 bagi kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid. Program ini akan ditaja sepenuhnya oleh geran latihan PTPTK dan peserta akan menerima pensijilan profesional dari SEDA.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus yang ditawarkan.

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 25 tahun
  • Minima lepasan SPM
  • Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Tidak pernah menerima pembiayaan di bawah geran latihan PTPK

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan menyertai program ini adalah:

  • Yuran latihan percuma dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui geran latihan PTPK
  • Melatih pekerja mahir bagi sektor tenaga boleh baharu berteknologi tinggi
  • Pensijilan profesional dari SEDA Malaysia
  • Pakej gaji yang menarik selepas tamat latihan

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Kursus Pemasangan Dan Penyelenggaraan Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid
  • Tempoh latihan: 3 bulan latihan & amali, 3 bulan latihan sambil bekerja (UJT)
  • Hari Kursus: Setiap Isnin hingga Jumaat
  • Masa Kursus: 9 pagi hingga 5 petang
  • Ambilan: Jun 2021

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program secara percuma ini, anda boleh daftar sekarang secara online di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil pegawai di bawah:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.