Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih • Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •

Tawaran Program Kerjaya Perantis Iskandar Terbuka Buat Belia. Elaun RM1,000 Sebulan Diberi

Oleh Cikgu Shaari • June 22, 2022 • 2 min baca

Tawaran Program Kerjaya Perantis Iskandar Terbuka Buat Belia. Elaun RM1,000 Sebulan Diberi
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor menyeru lepasan SPM dan STPM untuk merebut peluang ini. Adakah anda sedang mencari pekerjaan? Jika ya, maka anda lah yang kami cari! Berita baik untuk pencari kerja, tingkatkan kemahiran dan kebolehpasaran kerjaya anda dengan menyertai program PERANTIS Iskandar.

Pelbagai program daripada pelbagai industri yang merangkumi bidang Oil & Gas, Dron,Data, Pendidikan, Industri Kreatif, Kejuruteraan & Robotik. Jangan lepaskan peluang ini untuk terokai pelbagai program untuk memastikan golongan belia 18-35 tahun mendapat peluang pekerjaan di dalam INDUSTRI yang sesuai, dengan GAJI yang berpatutan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Anjuran: Jabatan Pendidikan Negeri Johor
  • Nama program: Program PERANTIS Iskandar
  • Tempoh latihan: 2 – 3 bulan latihan
  • Yuran latihan: Percuma
  • Lokasi latihan: EduCity, Iskandar Puteri, Johor

PROGRAM DITAWARKAN

Berikut adalah senarai program yang tersedia untuk pilihan peserta:

  • Smart Technology Engineer
  • Al Analyst
  • VFX Artist
  • Robot Maintenance Technician
  • Drone Pilot & Drone Engineer
  • Digital Electrical Specialist
  • Holistic Hotelier
  • CSWIP Visual Welding Inspector

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan disediakan kepada peserta sepanjang latihan adalah:

  • Elaun RM1,000 setiap bulan
  • Penginapan disediakan
  • Yuran latihan PERCUMA dan tempat terhad
  • Dibuka untuk semua rakyat Malaysia
  • Jaminan Pekerjaan selepas tamat latihan

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada belia yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia, graduan atau belia yang tidak bekerja
  • Berumur 18 hingga 35 tahun
  • mempunyai sekurang-kurangnya Sijil, SPM, SKM, STPM, Diploma atau Ijazah dan ke atas
  • Mempunyai keinginan untuk bekerja

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk sertai program latihan disediakan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui pautan disediakan. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Asyraf: 018 203 0603
  • Syamina: 018 378 7652
  • Hawa: 012 780 0980

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.