Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Permohonan Program Pensijilan Profesional KISMEC Percuma Untuk Lepasan SPM Dan Graduan

Oleh Cikgu Shaari • August 10, 2020 • 2 min baca

Permohonan Program Pensijilan Profesional KISMEC Percuma Untuk Lepasan SPM Dan Graduan
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darul Aman (KISMEC) menawarkan beberapa kursus pensijilan profesional secara percuma kepada lepasan SPM dan graduan yang berminat untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang-bidang tertentu.

Beberapa program tajaan penuh yang ditawarkan KISMEC telahpun memenuhi kuota yang diperlukan. Oleh itu hanya program-program yang disenaraikan sahaja masih dibuka untuk pengambilan Ogos 2020.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus yang ditawarkan.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Lepasan SPM

Antara program yang ditawarkan untuk lepasan SPM dan setaraf adalah:

  • Pelukis Pelan Senibina (SKM 3/SKK CIBD) – 6 bulan
  • Pelukisan Pelan Mekanikal (SKM 3) – 12 bulan
  • Operasi Sistem Komputer (SKM 3) – 12 bulan
  • Teknologi Polimer (SKM 2)
  • Penjaga Jentera A0 (ST) – 24 bulan
  • Jurukimpal Gas (AWS) – 12 bulan

Graduan (Diploma/Ijazah/Sarjana Muda)

Antara program yang ditawarkan untuk lepasan graduan adalah:

  • Design of Automation (Festo) – 12 bulan
  • Automotive Assembly Operation (IMI) – 10 bulan
  • Industrial Product and Mould Design (Autodesk) – 10 bulan
  • Electrical Maintenance and Management (CIDB) – 6 bulan

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat khusus yang perlu dipenuhi untuk membuat pendaftaran:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur antara 18 hingga 30 tahun
  • Lepasan SPM atau SPMV serta graduan yang mempunyai keinginan tinggi untuk maju
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM4,000 sebulan

Tempoh kursus untuk setiap program adalah antara 6 hingga 12 bulan berbeza mengikut program yang dipilih. Anda boleh semak syarat kelayakan dan tempoh setiap kursus yang ditawarkan di pautan berikut:

CARA MENDAFTAR KURSUS

Bagi lepasan SPM dan graduan yang berminat, anda boleh buat pendaftaran kursus sekarang bagi ambilan Ogos 2020. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dengan langkah berikut:

  1. Layari laman KISMEC FWTP E-REGISTRATION
  2. Masukkan maklumat peribadi anda
  3. Klik Next sehingga selesai pendaftaran

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi salah satu talian berikut:

  • 04 4414619 KISMEC Sungai Petani
  • 04 4080565 KISMEC Kulim (K2)
  • 019 8854621 (Munirah)
  • 017 4976897 (Amir)Permohonan Program Pensijilan Profesional KISMEC Percuma Untuk Lepasan SPM Dan Graduan
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.