Permohonan Program Pensijilan Profesional KISMEC Percuma Untuk Lepasan SPM Dan Graduan
Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah Darul Aman (KISMEC) menawarkan beberapa kursus pensijilan profesional secara percuma kepada lepasan SPM dan graduan yang berminat untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang-bidang tertentu.
Beberapa program tajaan penuh yang ditawarkan KISMEC telahpun memenuhi kuota yang diperlukan. Oleh itu hanya program-program yang disenaraikan sahaja masih dibuka untuk pengambilan Ogos 2020.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus yang ditawarkan.
Isi Kandungan
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Lepasan SPM
Antara program yang ditawarkan untuk lepasan SPM dan setaraf adalah:
- Pelukis Pelan Senibina (SKM 3/SKK CIBD) – 6 bulan
- Pelukisan Pelan Mekanikal (SKM 3) – 12 bulan
- Operasi Sistem Komputer (SKM 3) – 12 bulan
- Teknologi Polimer (SKM 2)
- Penjaga Jentera A0 (ST) – 24 bulan
- Jurukimpal Gas (AWS) – 12 bulan
Graduan (Diploma/Ijazah/Sarjana Muda)
Antara program yang ditawarkan untuk lepasan graduan adalah:
- Design of Automation (Festo) – 12 bulan
- Automotive Assembly Operation (IMI) – 10 bulan
- Industrial Product and Mould Design (Autodesk) – 10 bulan
- Electrical Maintenance and Management (CIDB) – 6 bulan
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat-syarat khusus yang perlu dipenuhi untuk membuat pendaftaran:
- Warganegara Malaysia
- Umur antara 18 hingga 30 tahun
- Lepasan SPM atau SPMV serta graduan yang mempunyai keinginan tinggi untuk maju
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM4,000 sebulan
Tempoh kursus untuk setiap program adalah antara 6 hingga 12 bulan berbeza mengikut program yang dipilih. Anda boleh semak syarat kelayakan dan tempoh setiap kursus yang ditawarkan di pautan berikut:
CARA MENDAFTAR KURSUS
Bagi lepasan SPM dan graduan yang berminat, anda boleh buat pendaftaran kursus sekarang bagi ambilan Ogos 2020. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dengan langkah berikut:
- Layari laman KISMEC FWTP E-REGISTRATION
- Masukkan maklumat peribadi anda
- Klik Next sehingga selesai pendaftaran
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi salah satu talian berikut:
- 04 4414619 KISMEC Sungai Petani
- 04 4080565 KISMEC Kulim (K2)
- 019 8854621 (Munirah)
- 017 4976897 (Amir)