Permohonan Program Diploma & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UniSZA Sesi 2022/2023

Baru-baru ini Universiti Malaya (UM) telah keluarkan iklan tawaran Program Diploma Pendidikan UM kemasukan 2022/2023. Terkini Universiti Sultan Zainal Abidin juga membuka penawarkan kemasukan ke Program Pendidikan bagi sesi akademik 2022/2023. Orang ramai atau graduan yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan boleh mohon segera!

Setelah tamat pengajian, graduan Diploma Pendidikan atau Ijazah Sarjana Pendidikan bersedia memenuhi keperluan tenaga pengajar, khususnya di sekolah menengah atau institusi pendidikan peringkat pra-universiti sebagai guru atau pensyarah dalam pelbagai bidang ilmu.

Bagi yang berminat dalam profesion guru, inilah peluang anda. Semak syarat kelayakan dan cara buat permohonan program pendidikan UniSZA di bawah.

KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN

UniSZA menawarkan kemasukan pelajar baharu bagi:

  • Sesi Akademik 2022/2023 kemasukan Oktober 2022

Permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 9 Februari 2022 sehingga 10 April 2022

PROGRAM DITAWARKAN

Antara program pendidikan UniSZA yang ditawarkan adalah:

  • D2715 – Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian (ISMPPI)
  • D2714 – Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP)

Program DPP ditawarkan secara sepenuh masa dan kelas sepanjang pengajian akan diadakan pada setiap hujung minggu. Tempoh pengajian ini adalah SETAHUN.

Penawaran program DPPP akan dilaksanakan di:

  • UniSZA Kampus Gong Badak
  • UniSZA@Putrajaya

Program ISMPPI ditawarkan secara mod separuh masa dan mod pengajian adalah Pengajian Jarak Jauh (pertemuan secara atas talian). Tempoh pengajian adalah EMPAT (4) TAHUN. Penawaran program ISMPPI hanya dilaksanakan di UniSZA Putrajaya.

Penawaran Program Pendidikan DPP dan ISMPPI ini adalah berbentuk Open Market (Pasaran Terbuka) dan tiada jaminan penempatan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selepas menamatkan pengajian

PENGKHUSUSAN DPP

Hanya empat sahaja opsyen/elektif major/minor yang ditawarkan bagi program DPP iaitu. Pemohon dikehendaki membuat pilihan elektif berdasarkan ijazah pertama yang diperolehi. Pemilihan elektif adalah seperti berikut:

  1. Pendidikan Islam dan Bahasa Arab; atau
  2. Matematik dan teknologi Maklumat

SYARAT KEMASUKAN

Semak syarat-syarat kemasukan program pendidikan UniSZA di bawah:

DOKUMEN DIPERLUKAN

Sebelum mengisi permohonan, pemohon dikehendaki menyediakan semua dokumen dibawah untuk upload dalam sistem permohonan (DALAM JPEG):

  • Gambar (saiz passport)
  • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
  • Salinan Ijazah yang disahkan
  • Salinan Transkrip yang disahkan
  • Salinan Sijil MUET yang disahkan (bagi permohonan program ISMPPI)
  • Surat Pengesahan Majikan (bagi yang sedang dalam perkhidmatan)

CARA MOHON PROGRAM PENDIDIKAN UNISZA 2022

Jika anda berminat dengan program pengajian pendidikan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan segera sebelum 10 April 2022. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UniSZA di pautan berikut:

Permohonan kali pertama sila masukkan nombor kad pengenalan/Mykad anda dan klik butang login bagi mengisi maklumat yang diperlukan. Untuk kemaskini maklumat boleh masukkan semula nombor kad pengenalan yang sama.

Tekan butang login untuk mengisi maklumat permohonan.

Permohonan Program Diploma & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UniSZA Sesi 2021/2022 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Diploma Pendidikan UniSZA 2022 dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, anda boleh hubungi pegawai bertugas berikut:

  • Pn. Nur Alia Mamat : 09-6688659
  • Pn. Wan Norzilawati Wan Omar : 09-6688399
  • Pn. Hadibah Jabbar : 09-6688655

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma