Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia: Pembiayaan Tanpa Faedah Untuk Beli Insurans

Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia khas untuk 1.6 juta penjawat awam. Inisiatif yang pertama kali dilaksanakan untuk penjawat awam secara digital itu turut dinikmati oleh mereka yang bertaraf kontrak.

Kerajaan amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh Keluarga Malaysia termasuk penjawat awam akibat pandemik Covid-19 terutamanya dalam kumpulan perkhidmatan sokongan yang selama ini menyokong cita-cita kerajaan, teguh berdiri sebagai tulang belakang pentadbiran negara dalam apa jua keadaan mahupun rintangan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia dan panduan memohon tawaran pembiayaan.

PROGRAM PEMBIAYAAN INDUSRANS KENDERAAN KELUARGA MALAYSIA

Melaui inisiatif yang baru diperkenalkan oleh Kerajaan ini, pembaharuan polisi insurans kenderaan dan cukai jalan boleh dibuat dengan kemudahan berikut:

  • Pembaharuan polisi insurans kenderaan dan cukai jalan TANPA bayaran pendahuluan dan faedah
  • Penjawat awam boleh membuat pembayaran balik pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA)
  • Pembiayaan tersebut berlandaskan konsep patuh syariah Qardhul Hasan yang merupakan pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba selain Nota Perlindungan Insurans diperoleh hanya dalam tempoh lima minit
  • Dengan pelbagai manfaat yang ditawarkan, penjawat awam boleh mengambil perlindungan tambahan yang lebih komprehensif untuk kenderaan masing-masing bagi memastikan kenderaan dan penumpang berupaya dilindungi

SYARAT PERMOHONAN

Menurut Perdana Menteri, Skim Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia ditawarkan kepada:

  • Penjawat awam tetap
  • Penjawat awam bertaraf kontrak

Namun dengan syarat:

  • Nisbah hutang tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan bulanan

Beliau berkata, program tersebut turut diperluaskan kepada kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan sektor swasta dalam masa terdekat.

CARA DAPATKAN PEMBIAYAAN INSURANS KENDERAAN KELUARGA MALAYSIA

Penjawat awam yang berminat untuk dapatkan kemudahan oleh kerajaan ini boleh dapatkan pembiayaan insurans kenderaan Kenderaan Malaysia melalui laman berikut:

Berikut adalah 3 langkah mudah untuk mendapatkan inisiatif ini:

Ujarnya, program ini jelas membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan penjawat awam, selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang menitik beratkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Inisiatif ini tidak berorentasikan komersial semata-mata. Apa yang paling penting, ia dapat membantu merealisasi konsep Keluarga Malaysia berasaskan indeks kebahagiaan yang menjadi tanda aras komitmen dan kesungguhan kerajaan,” katanya.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma