Tawaran Bantuan Geran Mesin, Peralatan Atau Infrastruktur Sehingga RM15,000

Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor Bahru kini membuka Program Pembangunan Ekonomi Setempat dengan menyediakan geran peralatan, mesin ataupun infrastruktur sehingga RM15,000 kepada golongan sasaran seperti Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar.

Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan Program Pembangunan Ekonomi Setempat 1.0 (PPES) pada tahun 2021. Program ini dirangka bagi mengenal pasti projek – projek keusahawanan yang berasaskan komuniti yang berpotensi dan berdaya maju di Negeri Johor.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI SETEMPAT 2.0

Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan Program Pembangunan Ekonomi Setempat 1.0 (PPES) pada tahun 2021. Program ini dirangka bagi mengenal pasti projek – projek keusahawanan yang berasaskan komuniti yang berpotensi dan berdaya maju di Negeri Johor.

SKOP BANTUAN

Berikut adalah skop bantuan melalui Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES):

  • Jumlah bantuan geran yang ditawarkan bernilai sehingga RM15,000 sahaja yang merangkumi:
    – Kos menaiktaraf infrastruktur
    – Pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan projek
  • Jumlah nilai yang diluluskan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Kelulusan menerusi program ini
  • Geran yang diberikan adalah dalam bentuk peralatan, mesin atau infrastruktur sahaja
  • Pelaksanaan program dan kursus adalah diluar skop bantuan

KRITERIA KELAYAKAN

Permohonanan bantuan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang – kurangnya 5 tahun
  • Permohonan hanya terbuka kepada Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) dan telah berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Pejabat Daerah di Negeri Johor, jabatan / agensi atau kementerian yang berkaitan.
  • Permohonan terbuka kepada semua jenis projek / perniagaan yang patuh syariah dengan menyediakan kertas kerja projek untuk dimuatnaik ketika permohonan dibuat.
  • Ketika permohonan dibuat, projek telah dijalankan dan berpotensi untuk berdaya maju.
  • Projek yang diusahakan perlu beroperasi di dalam Negeri Johor sahaja dan mampu menyediakan peluang pekerjaan dan manfaat kepada masyarakat setempat.
  • Permohonan yang dibuat menerusi Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) perlu mempunyai kewangan yang kukuh serta kapasiti, keupayaan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan projek berkaitan
  • Keutamaan permohonan kepada yang belum pernah menerima mana-mana bantuan dari kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan ini dibuat

KERTAS KERJA

Kerjatas kerja yang dibuat untuk dihantar mestilah merangkumi:

  • latar belakang projek yang sedang dijalankan,
  • latar belakang komuniti,
  • gambar projek,
  • penyata kewangan komuniti,
  • 3 sebutharga mesin,
  • peralatan atau infrastruktur yang dimohon, dan
  • dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

Sebutharga tersebut perlu mengandungi:

  • kepala surat,
  • tarikh,
  • nombor rujukan, item atau perkara perlu selari,
  • cap pembekal.

CARA MOHON

Borang permohonan boleh diisi menerusi website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) di https://www.pujb.my/ menerusi menu “Daftar Sistem PADU” yang merupakan Pusat Data Usahawan (PADU) dan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat usahawan di Johor.

Hanya Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan (NGO) yang layak sahaja akan dihubungi oleh PUJB. Bagi permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan DIANGGAP tidak berjaya. Tiada sebarang pemakluman bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA.

Pemohonan dibuka bermula 9 Mac 2022 jam 2.30 petang hingga 15 Mac 2022 (Selasa) jam 12.00 tengah malam. Satu permohonan hanya layak untuk satu projek sahaja.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma