Tawaran Program Penjenamaan, Pemasaran & Promosi Produk Untuk Belia & Wanita

Inisiatif koloborasi antara Pihak berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) dan MY Iskandar Sdn. Bhd. bakal menganjurkan program Penjenamaan, Pemasaran dan Promosi untuk wanita, belia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berminat.

Melalui program ini, golongan sasaran ini akan mendapat pendedahan yang meluas berkenaan penjenamaan, pemasaran dan promosi produk sekaligus dapat menstabilkan penjualan produk atau servis serta mengukuhkan jenama tanpa mengira peredaran masa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran program yang ditawarkan.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program ini ditawarkan adalah untuk:

  • Meningkatkan kesedaran mengenai inovasi penjenamaan yang membawa kelainan kepada setiap produk yang dipasarkan
  • Mempelajari strategi baru untuk meningkatkan penjualan produk melalui kaedah pemasaran yang tepat
  • Menstabilkan penjualan produk atau servis dan mengukuhkan jenama tanpa mengira peredaran masa
  • Meningkatkan kesedaran penjenamaan dengan penggunaan teknologi yang terkini
  • Menjadi pemankin dan membantu masyarakat

SIAPA YANG PERLU HADIR?

Tawaran adalah sangat dialu-alukan kepada:

  • Siswazah
  • Belia (18 – 40 tahun)
  • Wanita
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

MAKLUMAT PROGRAM & PENDAFTARAN

Pendaftaran adalah PERCUMA. Individu yang berminat dengan program yang ditawarkan boleh daftar melalui pautan yang disediakan di bawah:

Penjenamaan,Pemasaran & Promosi Untuk Wanita

Penjenamaan,Pemasaran & Promosi Untuk Belia

Penjenamaan,Pemasaran & Promosi Untuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program yang ditawarkan, anda boleh hubungi salah satu talian berikut:

  • Wan Nursyaza: 011 1111 1686
  • Hafizah Miskam: 017 712 6071

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma