Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Tawaran Pengajian Sarjana Pendidikan & Kejuruteraan Separuh Masa UTHM Ambilan Mac 2022 

Oleh Cikgu Shaari • November 16, 2021 • 2 min baca

Tawaran Pengajian Sarjana Pendidikan & Kejuruteraan Separuh Masa UTHM Ambilan Mac 2022 
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membuka permohonan kemasukan Program Pengajian Sarjana (Master) secara separuh masa untuk ambilan Mac 2022. Sekiranya anda berminat, permohonan boleh dilakukan secara atas talian sehingga 31 Disember 2021 ini.

Lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu Sarjana (Master) dalam bidang pendidikan dan kejuruteraan di UTHM dipelawa untuk mohon pengambilan yang dibuka ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Program Sarjana Separuh Masa di UTHM.

PROGRAM PENGAJIAN

 

Berikut adalah senarai program pengajian sarjana di UTHM bagi ambilan Mac 2022 yang ditawarkan:

Sarjana Pendidikan

  • Sarjana Pendidikan Teknik & Vokasional
  • Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional & Teknologi)
  • Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan  Awam)
  • Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik)
  • Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Mekanikal)

Sarjana Kejuruteraan & Perniagaan

  • Sarjana Kejuruteraan Mekanikal
  • Sarjana Kejuruteraan Elektrik
  • Sarjana Kejuruteraan Awam
  • Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Pembinaan
  • Sarjana Sains Kejuruteraan Pengangkutan Rel
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan

SYARAT KELAYAKAN

Calon yang berminat dengan program pengajian yang ditawarkan boleh semak syarat kelayakan bagi setiap program pengajian semasa buat permohonan secara online di laman permohonan yang disediakan.

CARA MEMOHON

Permohonan mestilah dibuat selewat-lewatnya 31 Disember 2021 dengan langkah berikut:

  1. Permohonan secara atas talian di laman Permohonan Kemasukan Pelajar Ke UTHM
  2. Lengkapkan maklumat calon seperti yang diminta
  3. Pilih tahap pengajian (Sarjana/Master’s Degree)
  4. Pilih butang PROGRAM PEMBELAJARAN BERTERUSAN
  5. Muat naik dokumen akademik dan dokumen lain yang berkaitan
  6. Klik butang hantar dan pastikan maklumat lengkap telah diisi.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan bayaran wang proses sebanyak RM53.00 yang dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (No.Akaun: 0107 – 0000001 – 71 -6) . Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan dan tidak lengkap tidak akan diproses.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Pusat Pendidikan Berterusan di talian 07 453 7017 / 07 453 7913 atau emel ke alamat cec@uthm.edu.my. Layari laman web rasmi UTHM untuk maklumat lanjut.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.