Tawaran Program Latihan Untuk Siswazah Yayasan Peneraju Dengan Elaun RM500 Sebulan
Neger Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) dengan kerjasama Yayasan Peneraju Bumiputera Malaysia membuka tawaran untuk graduan menyertai Program Latihan Untuk Siswazah (Plus). Program ini adalah tajaan penuh Yayasan Peneraju.
Graduan yang merupakan warganegara Malaysia yang berminat boleh memohon untuk menyertai program tempoh 2 bulan ini. Jaminan kerjaya untuk graduan selepas tamat program serta pelbagai manfaat sepanjang latihan disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Latihan Profesional Program Latihan Untuk Siswazah
- Anjuran: NSSDC dengan tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
- Tempoh kursus: 2 bulan
- Pengambilan: 3 Oktober 2022
PROGRAM DITAWARKAN
Program latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- ECP Mechatronics (PLC Technology)
- ECP PLC
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan/ teknologi, PNGK minimum 2.50)
- Berumur 21-24 tahun semasa memohon
- Tidak melebihi tempoh 3 tahun selepas bergraduasi
- Tidak bekerja semasa dalam tempoh permohonan dan latihan
KELEBIHAN PROGRAM
Antara kelebihan menyertai program ini adalah:
- Kemudahan asrama dan pengangkutan disediakan
- Peluang menimba pengalaman dengan sektor industri
- Makan dan minum disediakan sepanjang pengajian
- Latihan diiktiraf serta berkaitan dengan sektor industri
- Jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian
- Elaun RM500 sebulan sepanjang pengajian
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program latihan yang ditawarkan, anda boleh membuat pendaftaran sekarang dengan menghubungi pegawai bertugas di talian whatsapp berikut: