Tawaran Program Latihan Kerja RISDA ESTATES Terbuka Buat Lepasan Sekolah. Elaun RM1,200 Diberi

RISDA ESTATES SDN. BHD menawarkan program latihan dan kerjaya kepada lepasan sekolah yang berminat untuk menyertai Program latihan dan penyerapan kepada kerjaya dalam sektor perladangan.

Calon yang layak dan berminat akan menjalani latihan di lapangan dengan pelbagai manfaat yang disediakan sepanjang tempoh program. Calon juga akan menerima elaun bulanan sepanjang program.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama majikan: RISDA ESTATES SDN. BHD
  • Bidang latihan: Operator Pengeluaran Ladang
  • Tempoh latihan: 3 bulan ( 1 bulan di Akademi RESB, selebihnya di ladang-ladang RISDA)

SYARAT KEMASUKAN

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke program yang ditawarkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 45 tahun
  • Lelaki
  • Kelulusan akademik PMR/PT2/ SPM
  • Terbuka kepada semua yang berminat dan peningkatan kerjaya

PENEMPATAN LATIHAN

Calon yang layak akan menjalani latihan di ladang-ladang RISDA di negeri berikut:

  • Kedah
  • Perak
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Terengganu
  • Johor

FAEDAH PROGRAM

Antara faedah yang diterima sepanjang tempoh program dan setelah diserap masuk  adalah:

Dalam Tempoh Latihan

  • Elaun latihan
    – RM1,000 ke RM1,200 mengikut kawasan
  • Penginapan dan makan minum
  • Kemudahan perubatan & kesihatan

Setelah diserap masuk

  • Penginapan tempat tinggal
  • Cuti tahunan
  • Insentif (Kehadiran, Tuaian, Produktiviti)
  • Elaun – (Api & air, minyak petrol)
  • Kemudahan perubatan & kesihatan
  • KWSP & Socso
  • Lain-lain kemudahan

CARA MOHON

Lepasan sekolah yang berminat dengan program yang ditawarkan boleh buat permohonan dengan hubungi Pegawai Jabatan Perladangan di talian berikut:

Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan, anda boleh hubungi RISDA ESTATES di alamat dan talian berikut:

  • RISDA ESTATES SDN. BHD
    No. 31, Jalan Sulaiman 3,
    Taman Putra Sulaiman,
    68000 Ampang,
    Selangor
  • Tel: 03 4270 4021
  • Emel: admin@risdaestates.com.my
  • Laman web: www.risdaestates.com.my

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma