Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Daftar Program Latihan Kemahiran & Keusahawan Yayasan Petronas Percuma Dalam Pelbagai Kursus

Oleh Cikgu Shaari • March 26, 2021 • 2 min baca

Daftar Program Latihan Kemahiran & Keusahawan Yayasan Petronas Percuma Dalam Pelbagai Kursus
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

UniSZA dengan kerjasama Yayasan PETRONAS dan empower ECER mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menjadi usahawan mengikuti Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan yang dianjurkan di daerah Kemaman, Terengganu bagi tahun 2021.

Permohonan dibuka kepada penduduk tempatan yang tergolong dalam golongan B40 dan mempunyai keinginan untuk memajukan diri serta meningkatkan pendapatan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program latihan yang ditawarkan.

KURSUS DITAWARKAN

Antara kursus yang ditawarkan adalah terdiri daripada:

  • Kursus Pembuatan Kek & Pastri
  • Program Peningkatan Kapasiti Usahawan Jahitan “Tailorpreneur”
  • Kursus Dandanan & Penggayaan Rambut (Lelaki)
  • Kursus Masakan & Penyediaan Makanan “Foodpreneur”
  • Program Khas Keusahawanan Komuniti Nelayan
  • Kursus Kecantikan & Spa
  • Kursus Juruteknik Penyelenggaraan “Home Maintenance”
  • Kursus Dandanan & Penggayaan Rambut (Wanita)
  • Kursus Digitalprenuer

MANFAAT KURSUS

Antara manfaat mengikuti kursus latihan dan keusahawanan yang ditawarkan adalah:

  • 100% Percuma
  • Kursus dijalankan hujung minggu selama 3 – 6 bulan termasuk latihan industri
  • Sijil penyertaan disediakan kepada peserta yang mengikuti kelas empower ECER
  • Bimbingan & Pemantauan – Peserta akan dibimbing selama 6 bulan bagi membantu peserta untuk berjaya

SYARAT PENYERTAAN

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan yang perlu dipenuhi:

  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk Tempatan (Kemaman)
  • Berumur antara 18 hingga 45 tahun
  • Golongan B40
  • Ibu/ bapa tunggal/ Belia/ Penganggur
  • Pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran dan pendapatan
  • Mempunyai keinginan untuk memajukan diri

CARA MOHON

Berminat dengan kursus yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas? Anda dipelawa untuk buat permohonan sekarang sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 15 April 2021. Klik pautan berikut untuk pendaftaran kursus:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi salah satu talian berikut:

  • Ayu: 017 9200516
  • Mashitah: 019 9480240

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.