Tawaran Program Latihan & Pembangunan ICT Luar Bandar Percuma Buat Usahawantani & Bakal Usahawan

Orang ramai yang berminat dipelawa untuk mohon tawaran Program Latihan dan Pembangunan ICT Luar Bandar. Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED)  bagi tahun 2022.

Penyertaan adalah percuma kepada peserta yang berumur 21 tahun ke atas yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dan usahawan tani. Inilah peluang untuk anda tingkatkan kebolehan diri melalui program dianjurkan!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Latihan dan Pembangunan ICT Luar Bandar
  • Anjuran: Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED)
  • Yuran Penyertaan: Percuma

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif kursus ini ditawarkan adalah untuk:

  • Meningkatkan tahap kecekapan dan celik ICT bagi tujuan pembangunan komuniti luar bandar
  • Mengurangkan jurang digital dengan menyediakan latihan kepada masyarakat luar bandar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk meningkatkan pendapatan mereka

KURSUS DITAWARKAN

Antara kursus yang ditawarkan menerusi program ini adalah:

  • Kursus Pemasaran Melalui Media Sosial
  • Video Communications for Commercial Product Use
  • Smart Farming Programme

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran mengikuti program ini dibuka kepada individu yang memenuhi syarat-syarat permohonan berikut:

  • Penyertaan adalah PERCUMA dan keutamaan diberikan kepada usahawantani dan bakal usahawan
  • Terbuka kepada peserta berumur 21 hingga 55 tahun
  • Hanya yang disenaraipendek akan dihubungi
  • Peserta wajib lengkap vaksinasi Covid-19

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program ditawarkan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

  • Cik Querine Jite: 016-2413477
  • Puan Elizabeth Kathy: 012-8515684

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma