Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •Bantuan Komputer Riba Negeri Sembilan 2026: Syarat, Cara Mohon & Kelayakan Pelajar B40 •Daftar SSM Percuma 2026: Cara Mohon, Syarat & Siapa Layak (Panduan Lengkap) •Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) • Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •Bantuan Komputer Riba Negeri Sembilan 2026: Syarat, Cara Mohon & Kelayakan Pelajar B40 •Daftar SSM Percuma 2026: Cara Mohon, Syarat & Siapa Layak (Panduan Lengkap) •Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •

Tawaran Diskaun Saman Polis, JPJ & MDPT Sehingga 80% Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia

Oleh Cikgu Shaari • June 30, 2022 • 2 min baca

Tawaran Diskaun Saman Polis, JPJ & MDPT Sehingga 80% Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jangan lepaskan peluang anda untuk membayar saman dengan penawaran diskaun diantara 50% hingga 80% bagi saman terpilih sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak yang akan berlangsung di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan.

Lokasi terbabit ialah Litar Dato Sagor, di Pasir Salak, Perak, di mana satu acara besar iaitu Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia bakal berlangsung di situ pada tarikh dinyatakan. Jadi, bagi orang ramai yang berada di daerah berkenaan atau berdekatan, atau pun di mana-mana jua anda berada dan berkesempatan berkunjung ke acara terbabit, jangan lupa untuk menyemak status saman trafik anda. Jika ada saman, boleh terus bayar.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengurangan kadar kompaun saman ditawarkan dan panduan membuat bayaran saman dengan diskaun ditawarkan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia
  • Tarikh: 1 – 3 Julai 2022
  • Masa: 9 pagi hingga 6 petang
  • Lokasi: Litar Dato’ Sagor Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan

PENGURANGAN KADAR KOMPAUN SAMAN

Pengurangan kadar kompaun saman yang ditawarkan adalah melibatkan saman seperti berikut:

  • Saman PDRM: Diskaun sehingga 50%
  • Saman JPJ: Diskaun sehingga 50%
  • Saman MDPT: Diskaun sehingga 50% ( 1-2 Julai 2022) & Sehingga 80% (3 Julai 2022)

CARA DAPATKAN TAWARAN DISKAUN SAMAN

Pembayaran saman PDRM, JPJ dan MDPT seperti yang ditawarkan boleh dibuat dengan satu kaedah sahaja, iaitu:

  • Bayaran di tapak acara

AKTIVITI DI JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

Selain daripada tawaran diskaun saman, antara aktiviti lain di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia adalah:

  • Kaunter perkhidmatan kementerian dan agensi
  • Jualan usahawan IKS
  • Jualan Keluarga Malaysia
  • Citarasa Keluarga Malaysia
  • Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia (Lebih 3,000 peluang pekerjaan menanti)
  • Pemadanan perniagaan
  • Sihat Keluarga Malaysia

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.