Pendaftaran Program Keusahawanan Anak Pahang Percuma, Terima Elaun Bulanan RM1,000
Program Keusahawanan Anak Pahang ini dibawakan khas oleh Kerajaan negeri Pahang melalui Yayasan Pahang secara PERCUMA untuk usahawan muda anak-anak Pahang. Program yang direka bentuk bagi membuka peluang kepada anak Pahang untuk menceburi bidang keusahawanan serta meningkatkan keupayaan diri sebagai seorang usawahan.
Anak Pahang yang memenuhi syarat kelayakan dialu-alukan untuk membuat pendaftaran secara atas talian sebelum 14 Ogos 2020 bagi kemasukan Ogos 2020.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
Berikut adalah maklumat program yang dijalankan.
Sesi Latihan Teori & Amali
- Tempoh latihan selama 3 bulan
- Elaun latihan: RM1,000 sebulan
Sesi Latihan & Pemantauan Bersama Industri
- Tempoh percubaan & pemantauan dari usahawan berjaya selama 3 bulan (Gaji berdasarkan produktiviti)
BIDANG KEUSAHAWAN
Peserta akan didedahkan dalam bidang usahawan berikut:
- Katering restoran
- Pengeluar dan Pemasangan papan tanda
- Bakery dan door gifts
- Pakar waterproofing
- Resort dan boot camp
- Produk kesihatan
- Pengurusan/perlesenan tadika
- Aksesori handphone dan handphone terpakai
- Butik & Jahitan
KRITERIA PEMILIHAN PERANTIS
Antara kriteria yang menjadi keutamaan dalam pemilihan peserta adalah:
- Keutamaan kepada anak Pahang
- Belia/penganggur yang berminat dan berpotensi untuk menjadi usahawan
- Sekurang-kurangnya memiliki Diploma dalam apa-apa bidang
KELEBIHAN PROGRAM
Antara kelebihan yang akan diperoleh dalam menyertai program ini adalah:
- Mendapat elaun bulanan RM1,000 (3 bulan)
- Mendapat bimbingan dari usahawan yang berpengalaman
- Berpeluang menjadi usahawan berjaya dalam tempoh 3 tahun
CARA MENDAFTAR
Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh buat pendaftaran PERCUMA sehingga 14 Ogos 2020 secara atas talian.
Anda boleh ini permohonan di pautan berikut:
Sila daftar maklumat dalam pautan berikut sekiranya anda berminat dengan kursus yang ditawarkan. Pihak Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills akan menghubungi anda bagi penerangan lanjut berkenaan kursus yang ditawarkan.
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Cik Faziera di talian 016 870 3007 atau email ke alamat nazhatulfaziera@kypskills.edu.my atau hubungi Puan Fatin di talian 017 681 7422 atau email ke alamat fatinnadira182@gmail.com.