Program Inisiatif Kemahiran Teknikal & Ikhtisas Buat Lepasan SPM. Yuran Latihan Ditaja

Kerajaan Negeri Selangor di bawah inisiatif Smart Selangor menawarkan tajaan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor buat rakyat Selangor berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk mendalami ilmu dalam bidang kemahiran.

Pelbagai program kemahiran ditawarkan mengikut minat pemohon. Peserta program akan mendapat pelbagai manfaat semasa dan selepas tamat pengajian termasuk tajaan yuran latihan. Kemahiran yang bakal dipelajari pasti membolehkan peserta memasuki peluang pekerjaan yang ada.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai program yang ditawarkan dan maklumat lanjut permohonan program.

PROGRAM DITAWARKAN

Berikut adalah antara kursus yang ditawarkan:

  • Automotif
  • Semburan Cat
  • Motosikal
  • Sistem Komputer
  • Elektrik
  • Penyamanan Udara
  • Kulinari
  • Pereka Fesyen Wanita
  • Pastri
  • Terapi Spa

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    i. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    ii. Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    iii. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor lebih daripada 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun. (Pemohon perlu kemukakan Salinan sijil berhenti sekolah rendah (darjah 1 hingga 6) dan sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5)
  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS 5 subjek (Bahasa Melayu dan Sejarah WAJIB LULUS dan 3 subjek lain).
  • Pemohon lulus temuduga yang diurus setia oleh Bahagian pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Selangor
  • Calon digalakkan berkhidmat di institusi atau industri di negeri Selangor

TAJAAN MERANGKUMI

Program penajaan merangkumi:

  • Yuran Latihan
  • Persijilan Profesional
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga 3
  • Jaminan pekerjaan selepas tamat belajar

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program tajaan yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh buat permohonan sekarang selewat-lewatnya 10 Mei 2021. Dapatkan borang permohonan di laman web berikut:

Sebarang pertanyaan boleh dihubungi di talian 03 3281 2619 atau 019 3424 111.

Program Inisiatif Kemahiran Teknikal & Ikhtisas Buat Lepasan SPM. Yuran Latihan Ditaja

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma