Cara Mohon Program JUMPER PUNB 2023 Untuk Graduan, Terima Elaun RM1200 Sebulan

Adakah anda merupakan seorang graduan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan? Jika ya, terdapat berita baik untuk anda. Anda boleh menyertai Program JUMPER PUNB yang akan membantu anda dalam dunia perniagaan. Anda akan dibimbing sehingga menjadi usahawan berjaya!

Peserta atau perantis yang sertai program JUMPER akan dilatih dan dibimbing oleh syarikat di bawah naungan PUNB dan syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.

Permohonan Program JUMPER PUNB 2023 kini dibuka dan anda boleh buat permohonan dengan panduan yang ditetapkan di bawah.

PROGRAM JUMPER PUNB 2023

Program JUMPER ‘Start Up’ ialah program latihan keusahawanan bagi siswazah muda Bumiputera (Perantis) yang memilih untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Para perantis akan di dedahkan kepada pembelajaran sebenar tentang pengurusan perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat naungan PUNB (mentor).

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan.

Pengambilan baru perantis JUMPER PUNB 2023 kepada graduan yang berminat kini dibuka sehingga:

  • Tarikh tutup: 23 Disember 2022

KEISTIMEWAAN PROGRAM JUMPER PUNB

Antara keistimewaan Program JUMPER PUNB yang ditawarkan kepada peserta adalah:

  • Perantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan.
  • Program latihan di bawah bimbingan usahawan (Mentor) hebat selama 8 bulan.
  • Berpeluang mempelajari ilmu perniagaan dari mentor yang berpengalaman.
  • Kursus keusahawanan yang relevan diterapkan sepanjang latihan bagi meningkatkan ilmu perniagaan selari dengan era masa kini.
  • Pemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang program.
  • *Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 ATAU RM300,000 (perniagaan berkonsep) bagi mereka yang layak.
  • Pembiayaan patuh syariah.

*Tertakluk kepada terma dan syarat 

SYARAT KELAYAKAN

Pastikan juga anda memenuhi setiap daripada syarat-syarat ini. Antara syarat-syarat kelayakan memohon Program Jumper PUNB adalah seperti berikut:

  • Berminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan
  • Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat mentor yang terpilih
  • Mencari program latihan dan bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri
  • Graduan Bumiputera berumur 30 tahun dan ke bawah semasa tarikh pendaftaran.
  • Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari institusi yang diiktiraf kerajaan (MQA)
  • Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa selama 8 bulan
  • Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon

PROSES PERMOHONAN

Proses Permohonan Program JUMPER ‘Start Up’ PUNB adalah seperti turutan di bawah:

  1. Peserta mendaftar dan menghadiri temuduga panel
  2. Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek
  3. Proses penempatan & kelulusan
  4. Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan
  5. Peserta lapor diri & latihan bermula

Jadi, tunggu apa lagi? Ambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan pengalaman perniagaan yang dicari selama ini. Daftarlah sekarang!

CARA MOHON PROGRAM JUMPER PUNB  2023

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program JUMPER PUNB pengambilan Februari 2023 anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan sebelum 23 Disember 2022. Permohonan mestilah dihantar secara online dengan mengisi borang berikut:

borang penyertaan program jumper 2023

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di Talian Khidmat Pelanggan 1 300 13 7862 atau emel ke alamat jumper@punb.com.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma