Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Program Latihan & Kerjaya Percuma Buat Golongan Asnaf Seluruh Malaysia Tajaan KYP

Oleh Cikgu Shaari • November 5, 2020 • 2 min baca

Program Latihan & Kerjaya Percuma Buat Golongan Asnaf Seluruh Malaysia Tajaan KYP
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kursus kompetensi yang ditawarkan dengan sijil yang dikeluarkan oleh badan pengiktiraf daripada industri. Kursus yang memberi latihan spesifik khususnya 99% latihan secara amali serta praktikal dengan laluan kerjaya selepas peserta menamatkan latihan.

Terbuka kepada anak-anak asnaf dan keluarga B40 seluruh Malaysia. Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) mengalu-alukan anak-anak asnaf seluruh Malaysia untuk mendaftar bagi Program Latihan & Kerjaya yang dijalankan selama 2 bulan ini. Pengambilan ini dibuka bagi kemasukan Disember 2020.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program latihan dan kerjaya yang ditawarkan.

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 23 tahun
  • Merupakan golongan asnaf
  • Bumiputera
  • Lelaki

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  • Yuran pengajian
  • Yuran penginapan
  • Elaun pesara

KURSUS DITAWARKAN

Antara kursus yang ditawarkan kepada peserta asnaf dari semua negeri adalah seperti berikut:

  1. Maritime Catering & Services 
    Program latihan Pra-Laut selama dua bulan ini akan merangkumi teori dan praktikal pengeluaran makanan, perkhidmatan makanan & minuman, pengemasan dan pengenalan maritim
  2. Terminal Tractor Operator (TTO)
    Kursus ini memberi latihan kepada peserta untuk memindahkan kontena melalui laluan dari kapal ke terminal (Discharge) dan laluan dari terminal ke kapal (Loading) dengan menggunakan Prime Mover
  3. Barbering Course & Training (Kerjaya di Sektor Perkhidmatan Pengguntingan Rambut)
    Kursus yang memberi latihan spesifik khususnya 99% latihan secara amali serta praktikal dengan jaminan pekerjaan selepas peserta menamatkan latihan

CARA MOHON

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian berikut:

Program Latihan & Kerjaya Percuma Buat Golongan Asnaf Seluruh Malaysia Tajaan KYP

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.