Tawaran Program Insentif Bahasa Inggeris (IEP) KPM Ambilan April 2021

Kolej Profesional MARA (KPM) mempelawa calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang memenuhi syarat kelayakan untuk mengikuti Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) yang bertempoh selama 2 bulan (8 Minggu).
Calon-calon yang layak dan berminat akan menjalani program yang bertempat di KPM Ayer Molek, Melaka.
Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan berikut.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
Program yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Program: Program Intensif Bahasa Inggeris (Intensive English Programme, IEP)
- Tempat: KPM Ayer Molek, Melaka
- Tempoh: 2 Bulan (8 Minggu)
- Kemasukan: Sesi 1/2021 April 2021
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat umum permohonan yang perlu dipenuhi:
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
- Pemohon berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
- Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
- Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
- MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.
Syarat khusus:
- Memperolehi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia
Vokasional (SPMV) - Kemasukan melalui SPM:
i) Bumiputera
ii) Warganegara Malaysia
iii) Memperoleh minimum 3 kepujian dalam SPM termasuk subjek Bahasa Melayu DAN dua subjek lain SERTA lulus Bahasa Inggeris dengan gred D & Lulus Matematik dengan minimum gred E
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sehingga 7 Mac 2021 (Ahad) jam 11.59 malam di portal UPIM melalui pautan berikut:
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian seperti berikut:
- Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur - Tel: 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081
- Emel: upim.bpt@mara.gov.my