Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •Bantuan Awal MUIP Ke IPT 2026 Dibuka: Semak Syarat, Cara Mohon & Dokumen Yang Perlu Disediakan •Sales Advisor Kereta: Betul Boleh Cecah RM20K Sebulan? Ini Realiti Sebenar Ramai Tak Cerita • Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •Bantuan Awal MUIP Ke IPT 2026 Dibuka: Semak Syarat, Cara Mohon & Dokumen Yang Perlu Disediakan •Sales Advisor Kereta: Betul Boleh Cecah RM20K Sebulan? Ini Realiti Sebenar Ramai Tak Cerita •

Program Insentif Usahawan Uda Holdings Berhad Untuk Usahawan Belia & Wanita

Oleh Cikgu Shaari • August 8, 2022 • 2 min baca

Program Insentif Usahawan Uda Holdings Berhad Untuk Usahawan Belia & Wanita
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Insentif Usahawan UDA Holdings Berhad merupakan program buat usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) oleh pihak UDA Holdings Berhad dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) bagi menyokong perniagaan usahawan di bawah kategori PKS & Mikro.

Program ini dirangka dan dilaksanakan untuk membantu usahawan PKS dengan menyediakan ruang niaga atau platform yang bersesuaian kepada usahawan untuk satu tempoh masa tertentu atau program usahawan jangka panjang untuk terus kekal di pasaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program insentif ditawarkan dan panduan buat permohonan yang usahawan yang berminat.

PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA

Program Usahawan Wanita

Program Usahawan Belia

Program Usahawan Uda

KRITERIA KELAYAKAN INSENTIF USAHAWAN UDA

Memenuhi salah satu daripada dua kriteria kelayakan iaitu jualan tahunan atau bilangan pekerja sepenuh masa, yang mana lebih rendah.

PKS merujuk kepada entiti perniagaan tulen yang berdaftar dengan badan berikut:

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan (1956) atau Akta Pendaftaran Syarikat (1965) atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (2012); atau
  • Pihak berkuasa atau pejabat daerah di Sabah dan Sarawak; atau
  • Badan berkanun bagi pembekal perkhidmatan profesional.

PANDUAN PERMOHONAN INSENTIF USHAWAN UDA

  1. Pemohon membuat permohonan kepada UDA Mall bagi menyewa ruang niaga tetap / ruang promosi.
  2. Permohonan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan dibawa ke Jawatankuasa Tenansi Penyewaan dan Promosi (JTPP). JTPP akan membuat penilaian dan seterusnya mendapatkan kelulusan Ketua Bahagian Mall.
  3. Status permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon sama ada berjaya atau tidak.
  4. Pihak UDA Mall akan menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi permohonan yang telah diluluskan seperti Surat Tawaran, Surat Akuan Terima Tawaran, Perjanjian Penyewaan dan dokumen yang berkaitan.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan program insentif ditawarkan, anda boleh terus rujuk di laman web https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.