Program Insentif Usahawan Uda Holdings Berhad Untuk Usahawan Belia & Wanita
Program Insentif Usahawan UDA Holdings Berhad merupakan program buat usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) oleh pihak UDA Holdings Berhad dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) bagi menyokong perniagaan usahawan di bawah kategori PKS & Mikro.
Program ini dirangka dan dilaksanakan untuk membantu usahawan PKS dengan menyediakan ruang niaga atau platform yang bersesuaian kepada usahawan untuk satu tempoh masa tertentu atau program usahawan jangka panjang untuk terus kekal di pasaran.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program insentif ditawarkan dan panduan buat permohonan yang usahawan yang berminat.
Isi Kandungan
PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA
Program Usahawan Wanita
Program Usahawan Belia
Program Usahawan Uda
KRITERIA KELAYAKAN INSENTIF USAHAWAN UDA
Memenuhi salah satu daripada dua kriteria kelayakan iaitu jualan tahunan atau bilangan pekerja sepenuh masa, yang mana lebih rendah.
PKS merujuk kepada entiti perniagaan tulen yang berdaftar dengan badan berikut:
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan (1956) atau Akta Pendaftaran Syarikat (1965) atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (2012); atau
- Pihak berkuasa atau pejabat daerah di Sabah dan Sarawak; atau
- Badan berkanun bagi pembekal perkhidmatan profesional.
PANDUAN PERMOHONAN INSENTIF USHAWAN UDA
- Pemohon membuat permohonan kepada UDA Mall bagi menyewa ruang niaga tetap / ruang promosi.
- Permohonan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan dibawa ke Jawatankuasa Tenansi Penyewaan dan Promosi (JTPP). JTPP akan membuat penilaian dan seterusnya mendapatkan kelulusan Ketua Bahagian Mall.
- Status permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon sama ada berjaya atau tidak.
- Pihak UDA Mall akan menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi permohonan yang telah diluluskan seperti Surat Tawaran, Surat Akuan Terima Tawaran, Perjanjian Penyewaan dan dokumen yang berkaitan.
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan program insentif ditawarkan, anda boleh terus rujuk di laman web https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/