Tawaran Program Inkubator Belia Tani Jabatan Pertanian Dibuka, Mohon Dengan Sijil SPM/ SPMV

Jabatan Pertanian Negeri Selangor mempelawa belia di negeri Selangor yang berminat dalam bidang pertanian ikuti Program Inkubator Belia Tani, Jabatan Pertanian Negeri Selangor selama 7 bulan bermula pada Mei sehingga November 2022 secara sepenuh masa.

Permohonan adalah terbuka kepada belia berumur 18 hingga 40 tahun dan merupakan graduan/ pesara tentera/ polis ataupun orang awam yang berminat. Calon yang memohon mestilah berminat sepenuhnya dalam mengusahakan projek pertanian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Inkubator Belia Tani
  • Anjuran: Jabatan Pertanian Negeri Selangor
  • Jenis kursus: Kursus fertigasi tanaman (teori dan hands-on) – Sepenuh masa
  • Tempoh program: Mei – November 2022 (7 bulan)
  • Lokasi Program: Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan program adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Belia berusia 18-40 tahun (Graduan institut Pertanian/ IPTA/ IPTS/ pesara tentera/ polis dan orang awam)
  • Lahir di negeri Selangor/ pemastautin tetap di negeri Selangor
  • Mempunyai sijil SPM/ SPMV atau yang setaraf dengannya
  • Berminat sepenuhnya dalam mengusahakan projek pertanian
  • Bersedia memberi kerjasama dan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor
  • Memberi sepenuh tumpuan kepada projek yang dijalankan termasuk dari segi masa, tenaga dan modal bagi menjayakan program ini
  • Serius menceburi bidang pertanian selepas tamat program
  • Peserta akan disaring dan menjalani tapisan temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang panggilan dianggap tidak berjaya.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan sijil SPM/SPMV
  • Salinan sijil IPTA / IPTS / Politeknik (jika berkaitan)
  • Salinan sijil kursus pertanian dari mana-mana Jabatan/agensi/swasta yang pernah diikuti (jika berkaitan)

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk ikuti program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program ditawarkan, anda boleh hubungi Jabatan pertanian negeri Selangor di talian 03 55189888 atau Pusat Latihan Pertanian Kalumpang di talian 03 6049144.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma