GrEP 2022: Mohon Pinjaman Program Graduan Cemerlang MARA Buat Pasca Siswazah
MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.
Bagi pelajar yang dapat tawaran kemasukan ke peringkat pengajian Ijazah Pertama/ Ijazah Sarjana Muda, anda boleh mohon Program Tajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA 2022 bagi mendapatkan tajaan daripada pihak MARA.
Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan Program Graduan Cemerlang MARA (GrEP) bagi tahun 2022.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan berikut:
Syarat Umum
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah berketerunan Bumiputera dan warganegara Malaysia
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2022:
Sarjana:
Dalam negara: Tidak melebihi 40 tahun
Luar negara: Tidak melebihi 35 tahun
Doktor Falsafah:
Dalam negara: Tidak melebihi 45 tahun
Luar negara: Tidak melebihi 40 tahun - Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/ Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang
- Mempunyai kesihatan yang baik dan disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama
- Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan
- Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang
- Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini
Syarat Akademik
- Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya enam bulan
- Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga tahun
Syarat Program
- Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022.
- Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
- Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara seperti di LAMPIRAN A.
- Mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara seperti di Lampiran B.
- Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
- Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Permohonan terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih seperti di Lampiran C.
TEMPOH PINJAMAN
Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:
- Sarjana: 2 tahun
- Doktor Falsafah: 4 tahun
CARA MEMOHON
Permohonan Program Graduan Cemerlang MARA tahun 2022 dibuka pada 5 September hingga 22 September 2022 (Khamis). Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh mohon sekarang secara atas talian dengan melayari laman web rasmi MARA berikut:
Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA dan keputusan adalah muktamad.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:
- Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur - Tel:
03-2613 2103 / 2054 (GrEP@ Luar Negara)
03-2613 2584 / 2106 / 2083(GrEP@ Dalam Negara) - Emel:
grepdn@mara.gov.my (bagi permohonan dalam negara)
grepln@mara.gov.my (bagi permohonan luar negara)
Semak senarai universiti dan kursus pengajian yang layak memohon di lampiran bawah: