Permohonan Pengambilan Program Duta Guru Kohort 4 Anjuran KPM & PETRONAS Kini Dibuka

Program Duta Guru anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan PETRONAS mengiktiraf dan menghargai peranan penting guru dalam usaha mencapai nisbah 60:40 pelajar aliran STEM untuk memacu kemajuan negara.

Program selama 2 tahun ini berteraskan industri dan bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan guru STEM dengan latihan dan bimbingan, kandungan, infrastruktur dan usaha sama komuniti. Sejak tahun 2020, lebih daripada 300 orang guru mata pelajaran STEM telah mengikuti program ini.

Bagi guru yang berminat untuk perkasakan diri sebagai seorang guru STEM, jangan lepaskan peluang ini! Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan.

PROGRAM DUTA GURU

Program Duta Guru ialah usahasama antara Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menerusi Pusat STEM Negara (PSN), yang merupakan program jangka panjang berteraskan industri bagi mengukuhkan keupayaan guru STEM di sekolah dengan majoriti pelajarnya dari golongan B40.

PENDEKATAN PROGRAM DUTA GURU

Pendekatan Program Duta Guru melengkapkan program pengembangan guru KPM melalui 3 keutamaan strategik berikut:

  • Latihan & Kejurulatihan
    – Sokong guru dengan bimbingan dan sokongan di lapangan dan maya
  • Kandungan
    – Mendedahkan pedagogi STEM berkualiti tinggi dan kandungan kurikulum
  • Infrastruktur
    – Memberi guru akses kepada sumber pengajaran dan pembelajaran STEM terkini iaitu STEM hub

Sebagai Duta Guru anda bakal:

  • Menjadi guru inspirasi kepada murid dan rakan pendidik
  • Meningkatkan minat murid dalam KBAT dan bidang STEM
  • Menyumbang ke arah aspirasi 60:40 murid dalam STEM
  • Menjadi pemimpin STEM di dalam kelas dan komuniti

SYARAT KELAYAKAN

Guru yang memenuhi syarat kelayakan berikut adalah dipelawa untuk mohon:

  • Guru Menengah yang mengajar sekurang-kurangnya 1 subjek Sains, Matematik, RBT, Asas Sains Komputer di sekolah menengah rendah.
  • Guru dari sekolah dengan majoriti pelajarnya dari komuniti B40.
  • Guru yang boleh memberikan komitmen untuk menyelesaikan program peningkatan 2 tahun & mengajar pelajar setelah program selesai.
  • Guru dari Sekolah tanpa program khas KPM (Sekolah Amanah, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan STEMEC kecuali TS25)
  • Guru dengan baki minimum perkhidmatan 10 tahun.
  • Guru yang dapat memberikan komitmen selama 30 hari latihan, selama 24 bulan, untuk menjalani kemahiran & latihan dalam program ini.
  • ‘Guru Cemerlang’ digalakkan.
  • Saranan dan sokongan dari Pengetua.
  • Keutamaan akan diberikan kepada sekolah yang belum mempunyai perwakilan dalam PDG.
  • Ini adalah program yang memerlukan Pensijilan Digital Covid-19 Vaksinasi. – hargai jika anda dapat mencadangkan pesanan yang tepat untuk kriteria ini

CARA MOHON

Permohonan ini adalah untuk guru-guru di Sekolah Menengah Rendah bidang STEM yang berminat untuk menyertai Program Duta Guru kohort 3 sebagai seorang peserta Program Duta Guru (PDG). Klik pautan di bawah untuk buat permohonan:

BORANG PERMOHONAN KOHORT 4

Tarikh tutup: 31 Ogos 2022 (Rabu) 11.59 malam

Borang permohonan ini terbahagi kepada lima bahagian:

  1. Semakan Syarat Kelayakan
  2. Maklumat Peribadi
  3. Maklumat Sekolah
  4. Penskoran Standard 4 SKMg2: PdPc
  5. Penilaian Esei – Mengandungi tiga soalan esei dan satu soalan opsyenal
  6. Insentif Rujukan
  7. Maklum Balas Pengalaman Permohonan Kohort 4

Permohonan akan dinilai selepas tarikh tutup permohonan. Sila berikan masa lebih kurang 3 – 4 bulan untuk mendapat maklum balas tentang permohonan anda melalui emel.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, anda boleh terus ke laman facebook PROGRAM DUTA GURU.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma