Permohonan Kemasukan Program Diploma TVET MARA Buat Lepasan SPM
![Permohonan Kemasukan Program Diploma TVET MARA Buat Lepasan SPM](https://edubestari.com/wp-content/uploads/2020/09/Permohonan-Kemasukan-Program-Diploma-TVET-MARA-Buat-Lepasan-SPM.png)
Risau tidak ada tempat untuk melanjutkan pelajaran? Berita baik buat lepasan SPM dan setaraf! TVET MARA menawarkan Program Baharu untuk anda yang berminat dengan program-program kemahiran yang ditawarkan.
Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
PROGRAM YANG DITAWARKAN
TVET MARA menawarkan Program Baharu untuk anda seperti berikut:
i) IKM Sungai Petang
- Diploma Senibina Penyeliaan Tapak
- Diploma Teknologi Elektronik Gunaan
ii) IKM Johor Bahru
- Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik
SYARAT KELAYAKAN
Lepasan SPM
Lulus SPM dengan 2 kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Mana-mana 1 mata pelajaran matematik / kumpulan sains/ kumpulan teknologi / kumpulan mata pelajaran vokasional (MPV) / kumpulan mata pelajaran vokasional (MPAV) mata pelajaran Pendidikan Seni Visual/Lukisan kejuruteraan / grafik komunikasi teknikal
- Mana-mana satu mata pelajaran lain
Lulusan Lain
Lulusan Institut Kemahiran MARA (IKM) / Institut Kemahiran Awam / Swasta (ILKA / ILKS):
- Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan CGPA >2.00
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat, hantar permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 9 Oktober 2020. Sediakan dokumen berikut:
- Salinan SPM
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa
- Salinan Surat Beranak Pelajar
- Nombor telefon pelajar untuk dihubungi
Hantarkan dokumen-dokumen berikut ke alamat emel info@tvetmara.edu.my. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 9498062 / 03 26134689 / 34611 / 34598 / 34605.