Semakan Keputusan Permohonan Tajaan JPA Program Diploma To Bachelor
Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa calon yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama mohon tajaan melalui Program Diploma To Bachelor seperti yang diiklankan.
Pelawaan penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar cemerlang lepasan Diploma tajaan JPA di bawah program Dermasiswa B40 (DB40) untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (termasuk GLU) yang telah dikenal pasti.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tajaan ditawarkan dan panduan buat permohonan tajaan Diploma to Bachelor.
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN
Pemohon boleh buat permohonan dan semakan keputusan permohonan pada tarikh berikut:
- Tarikh permohonan: 15 Julai hingga 24 Julai 2022 (jam 5 petang)
- Tarikh semakan: 23 Ogos 2022 hingga 28 Ogos 2022 (Ahad) jam 11 malam
BIDANG PENGAJIAN
Calon yang bakal sambung pengajian dalam bidang peringkat dipelawa untuk mohon:
- Kejuruteraan dan Teknikal
- Sains dan Teknologi (S&T
SYARAT PERMOHONAN
Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai kesihatan yang baik
- Ibu dan/ atau bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
- Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
- Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Diploma di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu Ijazah pertama
- Mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) peringkat Diploma minimum 3.50
- Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Diploma
- Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Diploma pada tahun 2021 hingga tarikh tutup permohonan pada masa permohonan dibuka, di mana ia bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Ijazah Pertama
Syarat Khusus
- Pelajar perlu memulakan pengajian Ijazah Pertama secara sepenuh masa sebelum atau pada 31 Disember 2022 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti sahaja
- Tempat penajaan maksima bagi peringkat Ijazah Pertama adalah 4 tahun
- Keutamaan diberikan untuk pelajar yang diberi kebenaran untuk pemindahan kredit bagi pengajian Ijazah Pertama
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan tajaan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara dalam talian di laman sesawangan eSILA dalam tempoh ditetapkan. Permohonan boleh dibuat di laman web berikut:
Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Diploma To Bachelor Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN D2B
Dimaklumkan bahawa keputusan permohonan bagi Program Diploma To Bachelor (D2B) Tahun 2022 boleh disemak mulai 23 Ogos 2022 (Selasa) jam 5.00 petang hingga 28 Ogos 2022 (Ahad) jam 11.00 malam.
Semakan boleh dibuat di pautan berikut:
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 atau emel ke alamat penajaan2022@jpa.gov.my.